Sebagai ibu bapa, kita mungkin anggap membaca itu mudah, tapi rupanya, ada satu asas penting yang ramai tak perasan. Phonological awareness atau kesedaran fonologi.
Perkara ni nampak kecil, tapi itulah permulaan kepada pembacaan yang lancar dan penuh keyakinan.
Masa mula-mula nak ajar anak kenal bunyi huruf, saya pun tak pasti caranya. Tapi saya cuba dengan langkah pertama, ajar mereka ingat bunyi.
Contohnya, untuk huruf “B,” kita cuba buat bunyi “beh” sambil tunjuk bentuk huruf “B” besar. Lepas beberapa kali ulang, barulah nampak mata mereka bersinar tanda mereka dah tangkap bunyi tu. Rasa macam berjaya, walaupun cuma satu huruf.
Dalam usaha ni, saya terjumpa Kaedah Cepat Baca dari Awal School. Dalam kaedah ni, ada satu cara menarik di mana anak-anak dilatih untuk ingat bunyi sambil kenal bentuk huruf.
Sebagai contoh, buku Cepat Baca ni tak fokus pada huruf je, tapi lebih kepada bunyi yang dihasilkan.
Jadi, anak bukan saja kenal huruf, tapi tahu cara sebutannya.
Kami pun ikut langkah-langkahnya:
- Ingat Bunyi
- Ingat Bentuk Huruf
- Pisahkan Huruf dan Bunyi
- Menggabungkan Bunyi
Dalam buku tu, ada juga konsep yang dipanggil Sistem 4P iaitu Pengisian, Pengamatan, Pemilihan dan Pemaduan Bunyi. Bunyi macam serius, kan? Tapi sebenarnya senang je nak ikut:
Sistem 4P
- Pengisian Bunyi: Kami mula dengan buat bunyi setiap huruf. Anak-anak dengar dulu, lepas tu cuba ikut.
- Pengamatan Bunyi: Bila bunyi-bunyi dah biasa, mereka mula perhatikan bunyi dalam perkataan. “Oh, ada ‘s’ dalam susu.”
- Pemilihan dan Pemisahan: Mereka dah boleh bezakan bunyi-bunyi ni dalam perkataan. Misalnya, “S” dan “U” dalam perkataan susu.
- Pemaduan Bunyi: Ini part paling seronok! Anak mula gabungkan bunyi untuk baca perkataan. Setiap kali mereka berjaya, rasa bangga tu tak boleh digambarkan.
Baca juga: Macam Mana Nak Buat Anak Suka Menulis?
Perjalanan ni mungkin nampak panjang, tapi setiap langkah sebenarnya penuh kenangan dan makna. Dalam proses phonological awareness ni, anak bukan saja belajar bunyi, tapi mereka mula dapat rasa yakin pada diri.
Ingatlah, setiap bunyi yang mereka sebut dengan betul dan setiap huruf yang mereka kenal adalah satu pencapaian besar bagi mereka.
Kadang-kadang kita tak sedar, langkah kecil inilah yang membina asas yang kukuh.
Dengan kesabaran dan bimbingan yang konsisten, insyaAllah, anak-anak kita akan membesar dengan rasa cinta pada ilmu dan keyakinan diri dalam membaca.
Rasa puas setiap kali lihat mereka dapat baca sendiri buat kita sedar betapa berharganya saat-saat ni.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.