Blog

Unconscious Mind Anak

oleh Hanis Athirah dalam Parenting

Anak-anak ni, masa mereka kecil, mereka memiliki bahagian minda separa sedar (unconscious mind) lagi besar berbanding minda sedar (conscious mind).

Sebab itu mereka mudah tiru bulat² apa yang mereka nampak.

Mereka senang percaya betul² apa yang mereka dengar.

Kerana apa yang mereka serap akhirnya membentuk kepercayaan sendirinya. 

Anak belajar dari kita.

Indahkan setiap perbuatan bila bergerak.

Indahkan setiap kata bila bercakap.

Belajar dalami ilmu dengan betul.

Belajar urus emosi dengan teratur.

Kerana anak² kecil ibarat span.

Kita pula ibarat air.

Tak tahu air tersebut air bersih atau air yang kotor, span terus menyerap sehingga kering.

Jika kita ibarat air masak yang tumpah, sucilah span tu.

Jika kita ibarat air kopi yang tumpah, perlu berkali² dicuci dengan sabun untuk hilang bau dan warnanya. 

Kerana, hakikatnya

Anak² dilahirkan dengan fitrah.

Suci bersih ibarat kain putih, tiada dosa.

Kitalah yang mencorakkan kain putih itu.

Yang tak sengaja tunjuk, perbetulkan.

Yang tersalah buat, cuba tidak ulangi.

Hanis Athirah Rusli 

Ibu yang penuh dengan kelemahan namun cuba untuk perbaiki.

Praesent turpis risus, interdum nec venenatis id, pretium sit amet purus. Interdum malesuada fames ac ante ipsum primis in faucibus.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis