Blog

Apa Nak Buat Bila Yang Kita Rancang Tak Jadi?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool
rancang tak jadi

Kadang-kadang, dalam homeschooling, apa yang kita rancang tak jadi atau tak  selalu berjalan lancar. Ada hari yang penuh dengan kejutan, cabaran dan perkara-perkara tak terduga yang buat kita rasa macam semua plan kita berterabur. Tapi jangan risau, itu bukan tanda gagal pun. Homeschool ini sebenarnya lebih tentang perjalanan yang fleksibel.

Jadi dekat sini saya kongsikan beberapa tips bila plan homeschool yang dah di rancang tak jadi seperti yang diharapkan:

1. Ambil Nafas, Rehat Sekejap

Bila rasa macam semuanya tak kena, berhenti sekejap. Minum air, tarik nafas dalam-dalam dan beri ruang untuk diri sendiri. Sekali-sekala, kita perlu rehat untuk reset semula mindset supaya kita boleh teruskan dengan tenang dan bersemangat semula.

2. Lihat Semula Matlamat Utama

Ingat balik kenapa kita homeschool. Kadang-kadang kita terlalu fokus pada checklist harian sampai lupa matlamat besar kita, iaitu memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna untuk anak-anak. Fokus pada perkembangan anak, bukan sekadar nak siapkan semua yang dirancang dalam jadual.

3.Jadi Kreatif, Tukar Aktiviti

Kalau satu aktiviti tak jadi, cuba sesuatu yang lain. Mungkin hari ini anak-anak tak fokus untuk buat Matematik? Tak mengapa, alih perhatian mereka kepada projek seni atau sesi membaca buku bersama. Fleksibiliti ini kelebihan homeschooling yang patut kita manfaatkan. Ada hari kita ikut jadual, ada hari kita ikut rentak anak-anak.

4. Libatkan Anak dalam Perancangan

Mungkin anak ada idea sendiri? Libatkan mereka dalam proses perancangan harian. Tanya apa yang mereka rasa nak belajar atau buat hari ni. Kadang-kadang, kita akan terkejut dengan cadangan kreatif mereka. Bila mereka rasa terlibat, mereka juga akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.

5. Rancang Semula, Tapi Jangan Overplan

Buat plan yang lebih fleksibel, tak terlalu padat dan beri ruang untuk perancangan secara spontan. Kalau ada topik yang tak sempat habiskan hari ini, boleh sambung esok. Yang penting, kita bergerak ke depan dengan tenang. Elakkan overplan sebab bila terlalu banyak perkara nak dilakukan dalam sehari, kita mudah rasa tertekan bila tak dapat capai semuanya.

6. Raikan Apa yang Berjaya

Walaupun hanya satu perkara kecil yang berjaya dicapai, raikan! Kadang-kadang kemenangan kecil ni yang buat kita rasa positif dan beri motivasi untuk teruskan esok hari. Berikan pujian pada anak dan diri sendiri juga. “Alhamdulillah, hari ni kita berjaya buat eksperimen sains yang simple tapi best, good job anak-anak mama!”. Pujian seperti ini nampak kecil tapi memberi impak besar.

Baca juga: Cara Nak Rancang Perjalanan Homeschool

rancang tak jadi

Homeschool bukan tentang perfect planning, tapi tentang adaptasi dan fleksibiliti. Bila plan kita tak berjalan seperti yang diharapkan, anggap saja itu peluang untuk kita belajar dan adjust cara. Yang penting, jangan risau kalau hari ini tak seperti yang dijangka, sebab selalu ada peluang untuk cuba lagi esok! 🌟💪

aktivitikreatifrancanganoverplan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis