Blog

7 Idea Aktiviti Belajar Nombor Arab Gunakan Flashcard

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Belajar nombor Arab boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan bila dibuat dengan cara kreatif dan interaktif.

Untuk kanak-kanak, pembelajaran melalui aktiviti yang melibatkan pergerakan dan permainan boleh membantu mereka lebih fokus dan mudah faham.

Jom kita tengok 7 cara menarik untuk memperkenalkan nombor Arab kepada anak-anak dengan cara yang santai dan penuh keceriaan.

Padankan Nombor Arab dengan Nombor Biasa

Aktiviti ni simple tapi efektif, dimana anak-anak cuma perlu padankan kad nombor Arab dengan kad nombor biasa. Aktiviti ini bagus untuk memperkenalkan bentuk angka Arab sambil menguatkan ingatan mereka tentang nombor asas.

No photo description available.

Lontar Dadu dan Kira dalam Sebutan Arab

Guna dadu untuk aktiviti ni. Selepas lontar dadu, kira jumlah titik dalam sebutan Arab. Kemudian, pilih kad yang menunjukkan jumlah sama. Cara ni boleh bantu anak-anak mengaitkan nombor dengan visual dan sebutan Arab, sambil seronok bermain dadu.

No photo description available.

Kepit Nombor yang Sama

Anak-anak diberi klip warna-warni untuk ‘kepit’ kad nombor yang sama. Aktiviti ni bukan je mengajar mereka nombor Arab, tapi juga menguatkan motor halus mereka kerana perlu mengawal pergerakan tangan untuk kepit kad.

No photo description available.

Dot Bilangan Nombor Arab

Untuk aktiviti ni, anak-anak akan gunakan pen atau penanda untuk buat titik (dot) mengikut bilangan yang dinyatakan di kad nombor Arab. Ini membantu mereka melihat bilangan dengan lebih visual dan mengaitkannya dengan angka Arab.

No photo description available.

Menyalin Nombor Arab di Atas Garam

Dengan menggunakan dulang berisi garam, anak-anak boleh melukis nombor Arab menggunakan jari. Aktiviti ni memberikan pengalaman sensori dan membantu anak-anak mengingat bentuk nombor Arab melalui sentuhan.

No photo description available.

Susun dan Gantung Nombor Arab Ikut Susunan yang Betul

Sediakan kad nombor Arab dan ajak anak-anak untuk susun dalam urutan yang betul, kemudian gantung menggunakan klip. Aktiviti ni bagus untuk memperkenalkan konsep susunan dan urutan nombor.

No photo description available.

Pandang dan Sebut

Tunjukkan kad nombor Arab satu persatu, dan minta anak-anak sebut nombor tersebut. Aktiviti ini membantu menguatkan ingatan visual dan melatih mereka untuk mengenali nombor Arab dengan pantas.

No photo description available.

Baca juga: Tips Mendidik Anak Hafal Surah

Melalui aktiviti-aktiviti ni, belajar nombor Arab bukan lagi membosankan malah menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Mereka bukan sahaja belajar tentang nombor tetapi juga membina keyakinan dalam mengenali nombor Arab.

Cubalah pelbagai aktiviti ni dan lihatlah bagaimana anak-anak makin mahir dengan nombor Arab dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

kreatifvisualkeyakinannombor

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis