Blog

4 Tahap Mendidik Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari kerana sebenarnya ada tahap mendidik anak. Ada beberapa waktu sukar yang perlu kita lalui supaya kita dapat kembali mengingati Allah.

Anak-anak ini amanah Allah, tahanlah kesabaran, boleh jadi tangan halus dan kecil itu akan memimpin kita ke Syurga nanti, InsyaAllah.

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik ialah Rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad ibarat ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia. Baginda juga amat disukai oleh kanak-kanak. Kenapa?

๐พ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž ๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘Ž ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘– ๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜-๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜.

๐ต๐‘Ž๐‘”๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ง๐‘–๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘– ๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜-๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜ ๐‘˜๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘˜๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘–โ„Ž.

๐ต๐‘Ž๐‘”๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘™๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘–๐‘› ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž.

๐‘†๐‘’โ„Ž๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐ต๐‘Ž๐‘”๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘Ž ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘˜๐‘–๐‘ ๐‘Žโ„Ž ๐‘˜๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘˜๐‘Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜-๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘ค๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘ ๐‘œ๐‘™๐‘Ž๐‘ก.

Kanak-kanak sangat suka dan sayang kepada Rasulullah saw kepada layanan baiknya kepada mereka.

Sebab inilah kanak-kanak begitu mesra dengan baginda dan amat mudah untuk mendengar nasihat-nasihat yang disampaikan oleh baginda.

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang.

Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jangan pernah menganggap remeh dalam hal pendidikan anak jika tak ingin anak membesar menjadi generasi yang suka membantah. Didiklah anak dengan baik agar mereka menjadi generasi muslim yang taat pada Allah Taโ€™ala dan Rasulnya, berbakti pada orang tua serta bermanfaat untuk dunia akhirat.

Masa kecil mereka tidak akan terulang untuk kedua kalinya, jangan sampai kita menyesal di kemudian hari karena tidak berjaya mendidik anak-anak seperti yang diharapkan.

๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ : ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐‹๐š๐ก๐ข๐ซ ๐’๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข ๐Œ๐ฎ๐ฆ๐š๐ฒ๐ฒ๐ข๐ณ ( ๐ŸŽ- ๐Ÿ” ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง)

Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan sepenuh kasih sayang. Berikan mereka kasih sayang, luangkan masa bermain dengan mereka. Bersikap adil terhadap setiap anak-anak.

Pada tahap ini, kita sebagai ibu bapa tidak boleh pukul atau rotan anak-anak sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesalahan anak pada tahap ini hendaklah ditangani dengan sikap berlemah lembut dan penuh belas kasihan. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam Al-Adab Al-Mufrad, sebuah hadith berbunyi:

โ€œ๐ป๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘–๐‘“๐‘Ž๐‘ก ๐‘™๐‘’๐‘š๐‘Žโ„Ž ๐‘™๐‘’๐‘š๐‘๐‘ข๐‘ก, ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘˜๐‘Ž๐‘™๐‘–-๐‘˜๐‘Ž๐‘™๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘  ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘ก.โ€

Sesungguhnya mereka masih lagi belum Mumayyiz. Bagi tak tercapai akal lagi untuk bezakan mana yang baik dan buruk.

Di peringkat awal kanak-kanak inilah merupakan tahap paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan.

Masa inilah Critical Thinking anak-anak belum terbentuk secara sempurna, jadi inilah waktu terbaik untuk didik anak tentang Allah, Para Nabi dan Rasul, Malaikat, Al Quran, Solat dan semua hal yang berkaitan agama. Luangkan masa mendidik mereka mencintai agama.

Apa yang anak tidak perlolehi semasa kecil agak sukar untuk diperolehi bila besar nanti.

๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ : ๐”๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ• ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐’๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐๐š๐ฅ๐ข๐ ๐ก ( ๐Ÿ• -๐Ÿ๐Ÿ’ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง )

Pada tahap ini anak sudah mumayyiz dimana anak telah dapat membezakan hal yang baik dan buruk, hal yang selamat dan bahaya dan mampu menguruskan semua aktiviti harian seperti makan dan mandi sendiri.

Pada tahap ini kita boleh mula untuk terapkan disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak.

Daripada Amru bin Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

” ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜-๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜ ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘ข ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘œ๐‘™๐‘Ž๐‘ก ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘๐‘–๐‘™๐‘Ž ๐‘ ๐‘ข๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘– ๐‘ข๐‘š๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘ก๐‘ข๐‘—๐‘ขโ„Ž ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘›. ๐ด๐‘๐‘Ž๐‘๐‘–๐‘™๐‘Ž ๐‘ ๐‘ข๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘– ๐‘ข๐‘š๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘ข๐‘™๐‘ขโ„Ž ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž ๐‘๐‘ข๐‘˜๐‘ข๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘–๐‘Ž ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘๐‘–๐‘™๐‘Ž ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž ๐‘๐‘–๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž.”

(Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith: 495).

Jika anak berdigil untuk tidak solat, boleh pukul mereka. Tapi pastikan pukulan yang dilakukan itu bukan tujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Paling dilarang ialah tidak boleh memukul di bahagian muka anak-anak.

๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ‘ : ๐‘๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐š ๐‡๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ฌ๐š ( ๐Ÿ๐Ÿ“ -๐Ÿ๐Ÿ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง)

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak dan membuat hal sendiri. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan menjadi sahabat mereka.

Ibu bapa juga boleh bertukar pendapat dan meraikan pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. Pada masa ini anak perlukan kita untuk menjadi tempat luahan hati mereka.

Dengarilah mereka, fahamilah mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.

๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ’ : ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ฌ๐š ( ๐”๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ๐Ÿ ๐ค๐ž ๐š๐ญ๐š๐ฌ )

Pada waktu ini kita akan rasakan anak semakin jauh dari kita. Benarlah anak hanya pinjaman dunia yang Allah anugerahkan untuk kita. Pada tahap ini, kita sebagai ibu bapa perlu berikan kebebasan selagi mereka tidak bertentangan dengan syariat.

Bila tiba tahap ini hari kita akan risau dengan persekitaran yang boleh memudaratkan masa depan anak-anak. Tapi, sejauh mana kita boleh memantau mereka? Tahap ini mereka telah mendapat hak untuk tentukan hala tuju mereka sendiri.

Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendiding kepada anak-anak supaya terhindar dari gejala sosial.

Baca juga: Tips Anak Membesar Jadi Insan Beradab dan Jujur

tahap

Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Anak seperti kain putih, kitalah yang mencorak kepercayaan (belief system ) mereka.

Hargailah mereka sepanjang detik yang mereka ada bersama kita. Kerana mereka hari ini bukan mereka yang sama untuk sepuluh, dua puluh akan datang.

Sabarlah ibu ayah, tak selamanya mereka begini, satu hari nanti kita juga harus lepaskan mereka juga dan tiada lagi bangun tidur nampak gelagat melompat keriangan mereka.

 

tanggungjawabdisiplinremajamumayyiz

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis