Blog

Learning Kit Terbaik untuk Anak Belajar Sambil Bermain

oleh Hanis Athirah dalam Resources
Learning Kit Terbaik untuk Anak Belajar Sambil Bermain

Hari ni, saya nak share tentang Learning Kit Terbaik yang memang sangat membantu dalam pembelajaran anak-anak saya di rumah. Bukan saja mereka dapat belajar Bahasa Inggeris dan Matematik dengan cara yang menyeronokkan, tapi mereka juga dapat asah kemahiran hidup penting seperti pengurusan wang dan membuat keputusan.

Learning kit ni memang sempurna untuk anak-anak belajar sambil bermain dan saya sangat teruja nak kongsi dengan anda semua!

Apa yang menariknya, learning kit ni bukan sekadar permainan, tetapi ia juga mengajar anak-anak tentang pengurusan kewangan, kemahiran membuat keputusan, dan banyak lagi. Saya akan cerita lebih panjang lebar kat bawah ni ya, jadi pastikan anda baca sampai habis! 😊

Anak- anak boleh dididik dengan ilmu perancangan kewangan seawal usia yang mungkin.

πŸ’° Konsep Wang:
Belajar konsep pengurusan wang awal yang dipermudahkan melalui permainan.

πŸ€” Membuat Keputusan:
Belajar membuat pilihan dengan wang yang terhad, anak belajar mana satu pilihan dan mana satu kehendak semata.

🧠 Latihan Memori Jangka Pendek:
Memperkukuhkan ingatan semasa menilai harga barang.

πŸ”’ Kemahiran Mengira:
Memperkembangkan kebolehan matematik melalui pengiraan wang kertas Bearnotes.

πŸ“š Kosa Kata:
Menambahkan kosa kata English anak anda dengan cara yang menyeronokkan.

πŸ—£ Kemahiran Berkomunikasi:
Memupuk kemahiran berkomunikasi terutama dalam Bahasa Inggeris yang berkesan melalui permainan.

Baca Juga : Aktiviti Fizikal Untuk Gabungkan Pembelajaran Akademik Anak.

Jika perasan masa 2021 dulu pun saya pernah cerita pasal learning kit ni dan alhamdulillah sampai sambutan sangat memberangsangkan.

Sampai licin jualan😭

Ada yang cakap tak dapat grab. Lepas beberapa tahun, sahabat saya Bearread Books minta pendapat saya berkaitan learning kit versi diolah semula ni.

Apa lagi terus saya setuju seratus peratus.

Lagi comel, lagi sistematik, lagi banyak bahan belajar, lagi banyak kad, lagi banyak mainan, lagi menyeronokkan!

Alhamdulillah seronok kami explore.

Saya seronok, sambil anak main mereka dapat berimaginasi.

Macam real mereka shopping tu.

Ternyata learning kit ni tak melatih kemahiran kognitif anak semata, tapi turut mengasah kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah anak-anak.

Tambah fasa usia beginilah kita sepatutnya tumpukan untuk memilih stimulasi bersesuaian untuk merangsang keupayaan dan pembentukkan otak anak-anak.

Kesimpulannya, learning kit ni bukan je sekadar alat bantu belajar, tapi juga satu cara yang menyeronokkan untuk anak-anak belajar sambil bermain. Dengan konsep wang, membuat keputusan, latihan memori dan kemahiran mengira yang dipelajari melalui permainan.

So, anak-anak bukan sahaja seronok, tapi juga dapat belajar ilmu kehidupan yang sangat penting.

Saya sendiri nampak betapa berkesannya learning kit ni dalam mengasah kemahiran kognitif dan menyelesaikan masalah anak-anak. Tambah lagi, dengan design baru yang lebih comel dan bahan belajar yang lebih banyak, so saya yakin learning kit ni mampu meningkatkan motivasi anak-anak untuk belajar.

Kalau tengah cuti sekolah atau mencari aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik untuk anak-anak, saya sangat rekomen learning kit ni. Anak-anak pasti teruja dan seronok bila dapat hadiah macam ni! 😊

Apa lagi, jom dapatkan Learning Kit ni sekarang!

learning kitalat bantu belajarmain sambil belajarbelajar english

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis