Blog

5 Cara Kreatif untuk Ajar Anak Tentang Matematik

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
kreatif matematik

Matematik tak semestinya subjek yang buat anak-anak kita garu kepala atau rasa bosan. Sebenarnya, ada banyak cara kreatif yang boleh buat matematik jadi seronok dan mudah difahami.

Jom saya share cara yang boleh bantu anak-anak lebih confident dengan nombor!

1. Guna Mainan Sebagai Alat Belajar

Mainan bukan je untuk main, tapi juga boleh jadi alat belajar yang hebat. Contohnya, guna Lego untuk ajar anak tentang penambahan dan penolakan.

Minta anak-anak bina menara Lego dan kira berapa banyak blok yang digunakan. Atau, guna kereta mainan untuk ajar tentang jarak dan kelajuan.

Bila anak-anak nampak matematik dalam bentuk visual, mereka lebih mudah nak faham konsep-konsep yang mungkin susah kalau hanya terangkan dengan buku je.

Baca juga artikel berkaitan: Projek DIY Best Dengan Libatkan Subjek Matematik

2. Belajar Matematik di Dapur

Dapur adalah tempat yang penuh dengan peluang untuk belajar matematik! Ajar anak tentang pecahan dengan guna resipi, contohnya, kalau resipi perlukan 1/2 cawan gula, tunjuk macam mana nak ukur separuh dari 1 cawan.

Atau, masa nak buat kek, ajar mereka tentang penggandaan atau pengurangan. Contohnya, kalau resipi untuk 4 orang, macam mana nak adjust kalau kita nak buat untuk 8 orang? Aktiviti macam ni bukan je seronok, tapi juga praktikal.

3. Permainan Matematik Online

Kalau anak-anak suka main game, cuba introduce mereka kepada permainan matematik online. Ada banyak apps dan website yang tawarkan game interaktif yang mengajar matematik dengan cara yang fun.

Mereka boleh belajar tentang nombor, penambahan, pengurangan, dan banyak lagi sambil bermain. Ini cara yang best untuk anak-anak yang suka belajar melalui teknologi.

Nak tahu banyak lagi, boleh dapatkan Ebook Mudahnya Nak Pandai Homeschool disini. 

4. Seni dan Geometri

Seni dan matematik sebenarnya boleh digabungkan dengan cara yang sangat menarik. Ajar anak tentang bentuk dan sudut melalui lukisan atau origami. Minta mereka lukis atau potong bentuk-bentuk geometri macam segi empat, segitiga dan bulatan.

Lepas tu, kira jumlah sudut atau ukur panjang sisi. Aktiviti macam ni bukan je bantu mereka faham konsep geometri, tapi juga kembangkan kreativiti mereka.

5. Pembelajaran Berasaskan Masalah

Cuba ajar matematik melalui situasi kehidupan sebenar. Contohnya, bagi mereka “masalah” untuk diselesaikan, macam kira berapa duit yang diperlukan untuk beli barang kat kedai atau macam mana nak bahagi gula-gula sama rata antara semua ahli keluarga.

Bila anak-anak nampak macam mana matematik digunakan dalam kehidupan harian, mereka akan lebih faham kenapa penting untuk kuasai subjek ni.

Baca juga: 6 Alat Bantu Belajar Matematik Yang Menarik

kreatif matematik

Dengan cara-cara kreatif ni, anak-anak boleh belajar matematik dengan cara yang lebih fun dan menarik. Mereka bukan je akan lebih faham konsep-konsep matematik, tapi juga akan lebih excited nak belajar lebih lagi. Matematik tak lagi jadi subjek yang membosankan. InsyaAllah dengan pendekatan yang betul, ia boleh jadi salah satu subjek yang paling disukai anak-anak!

 

alat bantu belajaranak seronok belajarbelajar matematikmath resources

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis