Permainan bertema kenderaan adalah cara yang menarik untuk mengajar anak-anak dengan lebih santai. Aktiviti seperti sorting, matching, dan sensory play ni bukan sahaja melatih kemahiran motor halus, tapi juga meningkatkan pemahaman konsep seperti warna, bentuk, saiz, dan nombor.
Dalam perkongsian ini, saya akan tunjukkan beberapa idea yang simple tetapi efektif untuk anak-anak kecil teroka dengan tema kereta dan pengangkutan.
Traffic Light Colour Sorting
Aktiviti sorting ini menggunakan konsep lampu isyarat. Anak-anak akan susun pom-pom mengikut warna: merah, kuning dan hijau. Ini membantu mereka kenal warna dan susunan, sambil melatih koordinasi mata-tangan.
Handprint Car Art
Dalam aktiviti seni ni, tangan anak digunakan untuk menghasilkan bentuk kereta. Mereka boleh cat tapak tangan mereka dengan warna yang mereka suka dan tekapkan pada kertas untuk dijadikan “kereta.” Tambahan elemen seperti jalan atau awan boleh digalakkan untuk meluaskan imaginasi.
Sponge Painted Train
Menggunakan span untuk melukis gerabak keretapi, anak-anak akan belajar konsep warna, urutan dan kreativiti. Mereka boleh gunakan beberapa warna untuk setiap gerabak untuk menghasilkan tren pelbagai warna.
3D Hot Air Balloon
Kraf belon udara panas 3D ni menggunakan beberapa lapisan kertas warna untuk membuat efek 3D. Anak-anak akan seronok melihat hasil akhir yang berbeza dan belajar tentang konsep 3D dalam seni.
Parking Lot Number Match
Dalam aktiviti ini, anak-anak akan meletakkan kereta mainan pada parking lot yang betul mengikut nombor. Ia membantu mereka mengenal nombor dengan cara yang interaktif.
Car Wheels Shape and Colour Matching
Aktiviti ini melibatkan pemadanan roda mengikut bentuk dan warna dengan kereta. Ini bagus untuk pengenalan bentuk dan warna pada usia awal.
Tyres Size Sorting
Dalam aktiviti sorting saiz tayar, anak-anak akan belajar bezakan saiz (besar, sederhana dan kecil) sambil berseronok dengan objek tayar kecil.
Transportation Number Puzzles
Anak-anak akan susun puzzle nombor mengikut urutan untuk membentuk gambar pengangkutan. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman tentang urutan nombor, tapi juga kemahiran menyelesaikan masalah.
Train Counting Mat
Menggunakan alas counting ini, anak-anak boleh letakkan objek kecil di atas setiap gerabak keretapi mengikut nombor. Ia membantu mereka belajar mengira dengan visual yang menyeronokkan.
Road Theme Shape Mats
Aktiviti ini melibatkan kereta mainan yang diletakkan mengikut bentuk di atas tikar berbentuk jalan. Anak-anak akan belajar bentuk seperti segi empat, bulat dan segi tiga dalam aktiviti yang kreatif.
DIY Road Sign for Car Play
Membuat tanda jalan raya sendiri seperti lampu isyarat dan tanda larangan untuk permainan kereta mereka. Aktiviti ini memberi peluang untuk mereka mengenal tanda-tanda asas keselamatan jalan.
Literacy Sensory Bin
Dalam sensory bin ni, anak-anak boleh explore cassia seeds sambil mencari kad perkataan yang sesuai dengan rima atau abjad yang dipelajari. Ini bagus untuk pengenalan fonik sambil mengasah kemahiran sensori.
Car Park Name Recognition
Letak label nama pada kereta mainan dan anak-anak boleh padankan dengan petak parking yang ada huruf-huruf nama mereka. Aktiviti ni menyeronokkan untuk bantu mereka kenal huruf dalam nama mereka sendiri.
Car Wash Sensory Play
Aktiviti cuci kereta mainan dengan air sabun memberi pengalaman sensori yang seronok. Mereka belajar tentang kebersihan sambil mengasah kemahiran motor halus.
Racing Game – Race Track Addition
Untuk aktiviti ini, anak-anak akan main perlumbaan kereta sambil belajar tambah nombor. Setiap kali mereka dapat nombor dari dadu, kereta akan bergerak dan siapa sampai ke garisan penamat dulu adalah pemenang. Sambil bermain, mereka belajar asas penambahan.
Baca juga: Aktiviti ‘Dino Frozen Egg’ untuk Homeschool
Aktiviti bertema “car play” ni sangat menyeronokkan dan berfaedah untuk anak-anak. Mereka bukan sahaja dapat bermain, tapi juga belajar melalui pengalaman yang melibatkan pelbagai deria. Semoga aktiviti-aktiviti ini dapat membantu anak-anak anda untuk seronok sambil belajar di rumah.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.