Blog

13 Lagi Aktiviti Guna Pom-Pom untuk Perkembangan Motor Skill

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Dah cuba 13 aktiviti dengan pom-pom dan anak-anak seronok? Jangan risau, ada banyak lagi idea kreatif untuk pastikan anak terus enjoy sambil asah motor skill mereka!

Dalam bahagian kedua ni, kita sambung dengan 13 lagi aktiviti yang menarik dan penuh manfaat guna pom-pom.

Aktiviti-aktiviti ni bukan saja membantu perkembangan fizikal, tapi juga boleh rangsang kreativiti anak-anak.

1.POM POM SCOOP AND FILL IN THE BOTTLE

Bahan yang diperlukan : Sudu, pom pom, botol

Caranya: Minta anak kaut pom pom menggunakan sudu dari bekas kemudian masukkan pom pom tersebut ke dalam botol.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran motor halus
– Fokus
– Kekuatan tangan
– Kemahiran mengaut dan mencurah (scooping and pouring) dalam kehidupan sehariaan.

No photo description available.

2. FROZEN POM POM

Bahan yang diperlukan : Pom pom

Caranya: Bekukan pom-pom dalam bekas dan keluarkan. Bekukan bersama anak supaya mereka belajar proses sejuk beku. Macam mana cecair menjadi pepejal hehe. L epas itu, minta anak pegang dan keluakan pom pom. Tengok muka Ahza tu terkejut sebab sejuk, Afraz pula selamba je pegang lepas tu gigit hehehe. Seronok sangat sebab mereka akan sedaya upaya berusaha ‘mengeluarkan’ pom. Mereka ambil mainan ketuk-ketuk ais, lontar ais bagi pecah. Hehee.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Bertutur
– Sensori
– Menyelesaikan Masalah
– Berfikir Secara Logik

No photo description available.

3. POM POM SQUEEZE WATER PLAY

Bahan yang diperlukan : Pom pom, bekas, air

Caranya : Isi air dalam bekas dan masukkan pom pom dan bekas. Minta anak keluarkan pom pom dari air dengan memicit air yang diserap oleh pom-pom.

Aktiviti Ini Ternyata Dapat Meningkatkan:
– Pincer Grasp
– Sensori
– Berfikir Secara Logik
– Motor Halus

No photo description available.

4. POM POM CAR WHEELS

Bahan yang diperlukan : Pom pom, kereta

Caranya : Minta anak padankan warna pom pom mengikut warna kereta sebagai ‘tayar’ sambil mengira bilangan tanyar dan pom pom yang diperlukan untuk 1 kereta.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Pincer Grasp
– Kemahiran Motor Halus
– Kemahiran Mengira
– Berfikr Secara Logik
– Daya Imaginasi
– Mengelas

No photo description available.

5. POM POM CUPCAKES

Bahan yang diperlukan : Pom pom, kitchen tongs, bekas cup cakes

Caranya: Dengan menggunakan kitchen tong dan bekas cupcake, minta anak hasilkan kek. Secara automatik, walapun kali ini saya tak gunakan bekas yang sama warna dengan pom pom, Alhamdulliah, Afraz sendiri tahu mengasingkan mengikut kategori warna.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran Motor Halus
– Kemahiran Mengira
– Berfikir Secara Logik
– Daya Imaginasi
– Mengelas

No photo description available.

6. POM POM ADDITION

Bahan yang diperlukan : Pom pom, printable ( yang ini boleh dapati dari group Homeschooling With Finger Gym), dadu

Caranya: Bagi anak lontarkan dadu sebanyak dua kali. Contohnya, masa Ahza paling kali pertama dapat 3, jadi kena letak tiga pom pom dekat first bulatan. Baling kali kedua pun dapat 1, sama juga letak satu pom pom dekat second bulatan. Bimbing anak kira, dan anak akan jumlahkan pom pom tersebut. Jangan lupa bagi latih anak menyebut equation.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran Mengecam Nombor
– Kemahiran Mengira
– Skil Motor Halus
– Finger Grasp

No photo description available.

7. POM POM SCOOP AND TRANSFER

Bahan yang diperlukan : Pom pom, bekas, air, penapis

Caranya : Isi air dalam bekas dan masukkan pom pom dan bekas. Minta anak mengaut sebeberapa banyak pom pom dari air dan tapis air dari pom.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Skill Motor Halus
– Berfikir Secara Logik
– Kordinasi Mata Tangan
– Kemahiran Menyelesaikan Masalah

No photo description available.

8. POM POM CATERPILLAR

Bahan yang diperlukan : Pom pom, gam, googly eyes, batang aiskrim

Caranya: Aktiviti kraf ini dibuat dengan meminta anak menyusun terlebih dahulu 5 pom pom untuk dijadikan badan. Seterusnya, minta anak menampal pom pom dia atas batang aiskrim. Untuk lebih real, minta anak tampal googly eyes pada pom pom yang paling hujung. Jemur dan tadaaa! Siap! Lepas tu boleh menyanyi sama-sama lagu Dari Ulat Jadi Kepompong. Hehee

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kreativiti
– Imaginatif
– Verbal
– Motor halus

motor

9. SPIDER WEB

Bahan yang diperlukan : Pom pom, lego, tali, bakul

Caranya: Ikat bakul dengan tali membentuk sarang labah-labah. Letak sebeberapa banyak lego sebagai ‘distraction’ semasa mereka menyelamatkan pom pom. Minta anak mengutip pom pom

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Imaginatif
– Verbal
– Motor Halus
– Kemahiran Menyelesaikan Masalah

motor

10. COLOURFUL POM POM DROP

Bahan yang diperlukan : Kertas foam yang digulung ( boleh guna gelung tisu), salotape, pom pom, bekas, kitchen tong

Caranya : Minta anak masukkan pom pom satu persatu mengikut warna yang sepadan ke dalam gelung menggunakan kitchen tong.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Motor Halus
– Kekuatan Jari
– Kordinasi Mata-Tangan
– Fokus
– Bilateral Coordination

motor

11. BLOWING POM POM WITH A STRAW

Bahan yang diperlukan : Pom pom, straw, tape

Caranya: Tampal tape pada lantai, minta anak tiup pom pom dengan melalui garisan yang ditampal. Nak seronok lagi, ajak anak berlumba.

ktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Verbal
– Fokus
– Keseimbangan

motor

12. POM POM NUMBER TRACING

Bahan yang diperlukan :Pom pom, printable number tracing ( yang ini boleh dapati dari group Homeschooling With Finger Gym)

Caranya: Minta anak susun pom pom di atas bulatan yang terdapat pada printable.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Finger Grasp
– Fokus
– Motor Halus
– Mengecam Nombor

motor

13. POM POM RESCUE

Bahan yang diperlukan : Truck ( kenderaan yang boleh isi muatan), tape, marker, bekas, pom pom

Caranya: Tampal tape pada lantai dan buat garisan lurus dan zig zag. Lepas itu, buat garisan putus-putus pada tape. Letakkan bekas bewarna pada hujung tape. Minta anak mengangkut pom pom yang sama untuk ‘selamatkan’ pom pom tersebut.

Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Motor Halus
– Fokus Mata
– Kordinasi Mata-Tangan
– Bertutur
– Berfikir Secara Logik

motor

Baca juga: Sensory Play, Kunci Perkembangan Deria Anak

Dengan tambahan 13 aktiviti lagi ni, makin banyak pilihan untuk bantu anak-anak asah motor skill sambil bermain dengan seronok.

Kadang-kadang, benda paling simple seperti pom-pom ni boleh jadi alat yang powerful untuk bantu perkembangan anak.

Jadi, teruskan berikan anak-anak peluang bermain sambil belajar dengan pom-pom dan perhatikan perubahan positif pada koordinasi dan kekuatan tangan mereka.

kreativitifokusmotor skillpepejal

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis