Blog

Sensory Play, Kunci Perkembangan Deria Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
sensory play

” Eeei apa ni ajar anak main benda bulat bulat macam ni. Tak geli ke? Buat sepah rumah je. Tu kecik sangat ni tak risau ke anak masuk mulut nanti?”

Tegur seorang ibu kepada ibu lain sambil mencebik bibir. Kisah ni saya share lepas ada seorang ibu mengadu dan kongsi kesedihan beliau apabila aktiviti sensory yang dibuat bersama anak diperlekehkan seperti itu semasa beliau pulang ke kampung minggu lepas.

Sebenarnya Sensory Play bukan aktiviti bermain dengan kotoran atau benda yang menggelikan semata-mata. Tetapi, inilah aktiviti bermain yang melibatkan banyak deria hasil rangsangan yang diberi seterusnya hasilkan pengalaman deria yang bermakna untuk anak. Hasil pemerhatian dan pengalaman saya, seawal anak berusia 4 bulan dah boleh dedahkan tapi perlu pemantauan dari ibu yaaa! Lepas tu pilih sensory filler and items yang selamat.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak deria yang Allah anugerahkan kepada kita

Deria-deria

  • Deria Penglihatan (Visual)
  • Deria Pendengaran (Auditory)
  • Deria Bau (Olfactory)
  • Deria Rasa Dengan Lidah (Gustatory)
  • Deria Sentuh (Tactile)
  • Pergerakan (Proprioception)
  • Keseimbangan (Vestibular)

Sebagai ibu bapa, inilah peranan kita, bantu anak dengan libatkan mereka dengan Sensory Activity. Kalau tak dedahkan, macam mana nak rangsang dan bantu perkembangan deria mereka kan? Bagi saya, memang tak salah pun anak nak comot main macam-macam, sebab bila anak menjadi seorang yang penggeli, nak pijak rumput pun geli, pegang jelly pun menangis, kemungkinan mereka ada masalah perkembangan sensori. Kesian mereka!

Sesetengah ibu ada berpendapat aktiviti sensori ini leceh, geli dan bersepah. Lepas main satu hal pula nak mengemas dan mengelap. Jadi, mereka mengambil jalan mudah dengan memberikan gajet supaya merangsang deria anak dan meningkatkan kognitif anak.

Ya betul, tapi aktiviti bermain permainan interaktif di iPad atau Tablet hanya melibatkan deria sensori visual, sentuhan dan pergerakan yang sangat minimum. Tanpa kita sedar, bila kita terlalu ambil mudah sebegini lebih membantutkan deria anak kecil sebenarnya. Lagi kasihan dekat mereka kan?

Seelok-eloknya, dedahkan mereka kepada permainan alam yang lebih benyak penerokaan deria. Please, bagi mereka peluang untuk deria mereka berinteraksi dengan persikitaran. Bila ada rangsangan sensori, baru ada pergerakan dan ini akan meningkatkan perkembangan sensori motor anak-anak.

Dekat sini saya bahagikan kepada dua iaitu Outdoor dan Indoor dan contoh aktiviti sensori yang boleh dibuat

Sensory Play Outdoor

Lebih kepada aktiviti sensori motor berbentuk aktiviti fizikal atau kemahiran motor kasar.

Contohnya: Main lecah, lumpur, mandi hujan, bergolek atas pasir, berguling atas rumput, menunggang kuda

Sensory Play Indoor: Lebih kepada aktiviti sensori persepsi dimana berbentuk daya tumpuan dan keamatan.

Contohnya: Main pasir, main jelly, playdoh, main biji bijian, main tepung, finger painting, bermain dengan ais, sentuh kertas pasir, main pijak rumput tanpa kasut, main bedak, makan sendiri, gosok gigi, sikat rambut, main dengan shaving cream, main pasir pantai

Kesan Kekurangan Rangsangan Sensori

  • Anak tidak suka disentuh
  • Anak mudah terganggu terhadap bunyi melalui persekitaran
  • Anak terlalu memilih dan cerewet terhadap jenis makanan
  • Anak tidak sesekali ingin mencuba untuk berkaki ayam atas pasir atau rumput
  • Anak geli ke dapur atau tempat yang basah, kalau jalan pun sampai menjengket
  • Anak selalu mengelak untuk memberus gigi
  • Anak takut apabila menggunting rambut
  • Anak geli benda yang kecil dan halus
sensory play

Risau kan?

Jadi, sediakan persekitaran untuk mereka bergerak secara aktif dan libatkan mereka dalam aktiviti yang meningkatkan kemahiran perkembangan deria mereka. Bila dan biasa dirangsang sensori mereka, kita juga dapat menyokong pembinaan bahasa, kognitif, motor halus dan motor kasar, kemahiran menyelesaikan masalah serta interaksi sosial.

Selain itu, bila anak selalu didedahkan dengan sensory play, ini dapat menguatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka melalui proses bermain dan membantu daya fokus. Paling penting, kita juga dapat mengelakkan anak-anak mengalami Sensory Processing Disorder (SPD) iaitu kecelaruan dalam sensori.

 

deriamotor halusmotor kasarsensory activity

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis