Sebelum anak-anak boleh belajar kemahiran menggunting dengan baik, mereka perlu melalui satu proses persediaan yang dipanggil kemahiran pra gunting.
Kemahiran ini sangat penting untuk melatih motor halus dan membina kekuatan tangan mereka. Tak perlu risau anak kecil tak boleh gunting lagi.
Kemahiran ini biasanya dikuasai sepenuhnya sekitar usia 5 hingga 6 tahun. Jadi, kita sebagai ibu bapa boleh bantu mereka dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk mempersiapkan mereka.
Disini saya kongsikan beberapa aktivi persediaan yang dilakukan oleh Lais dan Qais.
Gunting Masking Tape Pada Kaki Kerusi
Untuk aktiviti ini, hanya lilit dan lekatkan masking tape pada besi dekat kaki kerusi. Lepas tu saya minta Afraz tolong selamatkan kerusi. Dia cepat-cepat gunting sebab katanya kesian kerusi mama tak cantik.
Gentel dan Gunting Playdoh
Mula-mula anak gentel playdoh jadi bentuk memanjang. Lepas tu minta anak gunting playdoh. Simple je tapi banyak libatkan kekuatan jari jemari anak.
Gunting Mee atau Spageti
Yang ni saya guna mee kuning. Kalau mee kuning dan spageti saya lebih suka mee kuning lagi untuk buat aktiviti menggunting. First, tak perlu celur, satu lagi tekstur dia berminyak. Saja nak bagi anak geli hahaha. Tapi lepas main confirm kena sabun betul-betul gunting dan tangan anak sebab memang berminyak. Kalau spageti pula okey je, tak terambil pulak gambar masa diorang main. Tak melekat dan senang je nak potong. Tekstur kenyal kann.
Feather Craft Scissor Practice
Yang ni lukis je gambar feather, ( sorry kalau nampak macam daun hee) dan bagi Ahza gunting yang bahagian halus. Nanti jadi macam bulu-bulu cantik sangat.
Paper Haircut!
Yang ni best sangat. Hanya guna tissue roll, kertas, wiggly eyes, gam dan marker.
Cut The Hanging String.
Yang ni saya guna benda alah yang letak buku dekat Ikea ni. Lepas tu lilit tali kat situ bagi tegang. Macam biasa, panggil Afraz, minta selamatkan lagi mama punya. Alhamdulillah, setelah banyak kali mencuba, berjaya selamatkan
Trap, Cut and Rescue
Ni salah satu aktiviti homeschool kami masa tema Creepy Crawly. Saya guna pinggan makanan yang berlekuk macam ni. Lepas tu masukkan serangga mainan dekat dalam. Ambil masking tape dan ikat atas. Dan lagi sekali, panggil hero kecil ni datang menyelamat serangga .
Paper Collage
Aktiviti kolaj ni antara banyak yang kami buat. Kadang tu kertas lebih-lebih daripada buang membazir kita boleh alter bagi anak buat aktiviti bermanfaat. Masa ni ada lebih kertas oren dan hijau. Jadi, saya print satu gambar lobak. Dan Afraz pun gunting strip paper yang dah sediakan tu, dan tampal.
Scissor Sticker Rescue
Yang ni simple saja, cuma tambah sticker dekat kertas. Masa ni nak introduce Afraz cara gunting straight line. Bila ada target nak buat, automatik senang dia nak gunting.
Olfactory Cutting Activity
Nampak je simple tapi banyak benefit aktiviti ni. Hanya guna daun pandan dan minta Ahza potong kecil-kecil. Masa dulu pun kita selalu buat macam ni kan tapi guna pisau buat bunga rampai. Ni saja guna gunting untuk kuatkan tangan. Ahza pun tak habis sebut wangi, wangi.
Potong Sayur Bayam
Anak laki pun kena rajin tolong mama dekat dapur. Kalau potong-potong sayur guna gunting ni saya banyak kali juga minta tolong Ahza. Takpelah kalau potongan tak cantik pun, tapi sekurang-kurang anak rasa berbangga dapat tolong mama dalam buat kerja rumah. Hehee
Straw Scissor Skill
Antara banyak-banyak aktiviti, yang ni paling mencabar sekali. Tak tahu dekat orang lain. Tapi Anis boleh nampak sangat struggle Ahza bila gunting straw ni. Masa ni Afraz dah surrender awal-awal. Takpe, kemahiran ni perlu asah lagi
Koyak Kertas
Nampak je senang, tapi kemahiran koyak kertas ni mencabar sangat tau untuk anak-anak. Selagi otot tangan dan bilateral coordination skills tak kuat susah anak nak koyak. Yang ni Anis gunting strip . Kadang kala Anis bagi je kertas yang recycle bagi Afraz terus koyak.
Gunting Guna Craft Scissor
Craft Scissor ni ada macam-macam corak, ada yang wavy edge, ada yang zig zag edge. Jadi anak memang akan seronok guna gunting macam ni.
Main Playdoh
Untuk kuatkan otot tangan anak, boleh bagi anak banyak kali main playdoh ni. Bila anak gentel, picit, tekan, genggam automatik anak buat senaman jari.
Baca juga: Tips Pilih Gunting yang Sesuai Mengikut Usia Anak
Aktiviti pra gunting ni sangat membantu anak-anak untuk membina asas kemahiran motor halus sebelum mereka bersedia untuk belajar menggunting dengan betul.
Dengan melakukan aktiviti ni, anak-anak akan lebih yakin dan mampu memegang gunting dengan baik apabila tiba masanya. Pastikan aktiviti ni dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan dan santai supaya mereka enjoy sepanjang proses pembelajaran. Semoga berjaya!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.