Blog

Cara Ajar Anak Minta Maaf Dengan Ikhlas Bila Buat Salah

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Pernah tak rasa, bila anak buat salah dan sebut “sorry,” tapi bunyinya kosong?

Macam ayat automatik yang keluar sebab tahu itu expected response, bukan sebab dia benar-benar faham apa berlaku.

Dulu, saya akui, apabila anak buat silap, saya cepat sangat nak dengar ayat “minta maaf.”

Rasa macam, kalau dia tak minta maaf, nanti jadi habit tak bertanggungjawab pula.

Lepas tu saya nak isu tu selesai terus.

Macam checklist “abang dah minta maaf, okay settle”

Padahal hati si abang ni mungkin masih tengah marah, malu, blur,atau tak faham kenapa tindakan dia salah.

Lama-lama, saya perasan maaf yang dipaksa bukan saja tak membantu, tapi buat anak lagi confused.

Dia tahu ayat apa nak cakap, tapi dia tak tahu apa yang dia sedang rasa dan apa yang sebenarnya berlaku.

Bila saya perhati dan belajar rupanya anak tak boleh minta maaf dengan ikhlas kalau emosi dia belum settle.

Otak dia belum ready nak reflect.

Hati dia belum turun dari adrenaline mode.

Sejak tu saya tukar approach dan alhamdulillah dari situ saya nampak perubahan.

Maaf yang keluar bukan lagi ayat hafalan.

Nada dia lain.

Muka dia lain.

Syukur, dia betul-betul faham kenapa dia minta maaf.

Parenting ni memang ambil masa, tapi bila kita jaga proses insyaAllah anak belajar repair hubungan, bukan sekadar ikut skrip.

But that’s the beauty of this journey, kita belajar sama-sama.

Saya selalu ingatkan diri, saya mak yang masih bertatih dan anak saya pun manusia kecil yang masih belajar rasa.

Baca juga: Didik Anak Perempuan Kenal Manipulasi Emosi Sejak Kecil

 

 

Anak yang buat salah bukan tak mahu bertanggungjawab, tetapi selalunya belum mampu memahami emosi dan situasi yang berlaku.

Maaf yang ikhlas hanya boleh lahir apabila emosi sudah tenang dan anak diberi ruang untuk berfikir.

Parenting bukan tentang memaksa respon yang betul, tetapi membimbing anak memahami perasaan, kesalahan, dan cara memperbaiki hubungan dengan penuh empati.

belajarmaafharapanskrip

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis