Anak-anak berusia 4 tahun sedang berada dalam fasa perkembangan fikiran dan imaginasi yang semakin pesat. Pada usia ini, mereka penuh dengan soalan dan rasa ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka.
Oleh itu, lebih baik fokus kepada aktiviti yang membantu mereka memahami dunia dengan cara yang menyeronokkan, daripada memaksa mereka belajar membaca atau mengira semata-mata.
Pada usia begini, tiada keperluan untuk terlalu menekankan pembelajaran formal. Sebaliknya, perkenalkan mereka kepada pelbagai aktiviti yang dapat membangkitkan rasa minat dan kesediaan mereka untuk belajar.
Percayalah, apabila mereka bersedia, mereka akan lebih fokus dan berminat untuk mendalami pembelajaran.
Jadi, di sini saya kongsikan 13 jenis aktiviti mingguan yang pernah saya lakukan bersama anak-anak semasa mereka berusia 4 tahun. Setiap aktiviti ini disertakan dengan contoh-contoh untuk memudahkan ibu bapa mencubanya bersama anak-anak di rumah.
1. Sensory Play
Sensory Play bukan aktiviti bermain dengan kotoran atau benda yang menggelikan semata-mata. Tetapi, inilah aktiviti bermain yang melibatkan banyak deria hasil rangsangan yang diberi seterusnya hasilkan pengalaman deria yang bermakna untuk anak.
Contoh:
1. Main kinetic sand
2. Main playdoh
3. Main pasir pantai
4. Main tepung
5. Main bedak
6. Main ais
7. Main lumpur
8. Main pijak rumput
9. Main biji kacang
10. Main air
2. Fine Motor Play
Aktiviti melibatkan motor halus ini sangat membantu anak-anak untuk kesediaan menulis mereka. Selain itu, aktiviti sebegini juga dapat tingkatkan attention span anak-anak.
Contoh:
1. Picit matchstick berwarna dia ats karton telur.
2. Asingkan objek kecil seperti pom pom mengikut warna menggunakan pengepit.
3. Bermain batu Seremban
4. Bermain congkak guna guli
5. Lakukan aktiviti mengait ( lacing)
3. Pre Number Activity
Kemahiran pra-nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor.
Contoh:
1. Pengkelasan Warna, Saiz, Bentuk dan Jenis
2. Susun objek ikut turutan mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.
3. Perbandingan kuantiti iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang.
Dan bila anak dah faham pra nombor barulah boleh buat aktiviti belajar konsep nombor seperti yang anak Anis buat dalam gambar ni.
4. Simple Experiment
Masa usia 4 tahun inilah otak anak makin berkembang dan kita mesti rangsang otak mereka supaya dapat berkembang dari semasa ke semasa. Boleh lakukan simple eksperimen dekat rumah, tak perlu mahal-mahal. Boleh guna je barang yang ada.
Contohnya:
1. Eksperimen batang celery berwarna
2. Eksperimen susu berwarna ajaib
3. Eskperimen bertemakan virus Covid 19
4. Eksperimen tindak balas cuka dengan cengkerang
5. Eksperimen hujan guna shaving cream

5. Islamic Activities
Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang untuk diteladani. Perkenalkan anak dengan pencipta mereka iaitu Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Didik anak mengikut acuan Islam dan sunnah Nabi Muhammad. Perkukuhkan aqidah, pemikiran yang salim buat anak-anak.
Contoh:
1. memperdengarkan anak-anak alunan Al Quran
2. ajar mereka zikir dan selawat
3. amalkan doa dalam kehidupan seharian
6. Pretend Play
Pretend play juga dikenali sebagai imaginative play. Jadi anak berlakon dan berimaginasi dengan apa yang mereka jadi. Selain itu, masa pretend play anak juga secara tak langsung berinteraksi untuk lebih menghayati watak yang mereka lakukan. Ni Anis kongsikan Afraz sebelum bermain jadi Zoo Keeper dan Ahza sebagai doktor. Banyak lagi yang mereka main seperti
1. Main masak-masak
2. Main panjat dan kejar seperti polis dan askar
3. Main gunting rambut
7. Art and Craft Activities
Dengan buat kraf, anak-anak diberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara alami (experiential), membuat keputusan sendiri serta pendekatan yang pelbagai. Masa ini juga mempunyai kebebasan untuk berimaginasi. Mereka tahu bagaimana nak selsesaikan masalah.
Contohnya, gam tak lekat, perlu guna gam mana satu. Nak tambah apa lagi supaya nampak lebih cantik? Jadi anak akan berfikir sendiri sambil mencari idea baru untuk menjadikan kraf mereka cantik dan menarik. Lama kelamaan insyaAllah akan lebih kreatif bila kita dedahkan aktivi kraf ni.
8. Gross Motor Activities
Aktiviti Motor Kasar dapat mengalakkan kekuatan otot, keseimbangan dan sokongan tubuh anak-anak 4 tahun ni. Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan,lengan, kaki,atau keseluruhan badan yang membolehkan berfungsi sepenuhnya.
Contoh:
1. Berlari
2. Melompat
3. Berguling
4. Memanjat
5. Berjalan
6. Bersenam
9. Free Play
Main bebas atau free play ini melibatkan aktiviti bermain yang spontan, tak berstruktur dan tanpa perancangan. Anak sendiri bebas menentukan aktiviti yang mereka main tanpa persediaan oleh orang dewasa.
Contoh :
1. Berlari kejar-kejar
2. Bermain di taman permainan
3. Menconteng
4. Mewarna
5. Main mainan blok
10. Read Aloud Activity
Untuk anak 4 tahun mereka lebih tertarik kepada gambar dari melihat perkataan yang banyak. Tambah lagi buku itu berdasarkan minat mereka. Paling penting, semasa usia ini kita sebagai ibu bapa perlu banyak membaca supaya anak. Setelah itu, boleh kembangkan idea dan buat diskusi bersama anak-anak.
Contoh:
1. Read Aloud Activity
2. Bedtime Story
3. Pilih buku di perpustakaan
4. Pilih buku secara online.
11. Practical Life Activity
Untuk anak 4 tahun apa yang perlu kita lakukan ialah mewujudkan persekitaran yang selamat supaya penerokaan anak tidak memudaratkan keselamatannya.
Selain itu, kita boleh libatkan mereka dalam pekerjaan harian kita iaitu kerja-kerja rumah bersesuaian dengan kemampuan, usia dan tahap perkembangan mereka.
Yang kita ajar ialah rasa tanggungjawab. Rasa berdikari dan tak payah disuruh. Kita nak pupuk rasa sayang anak-anak pada persekitaran dia. Anak-anak akan buat tanpa kekok kalau dia dah terbiasa. Seterusnya dapat membentuk pemikiran dan tingkah laku yang lebih matang.
Contoh:
1. Berkebun
2. Simpan mainan
3. Masuk baju kotor dalam bakul
4. Cuci pinggan
5. Sediakan makanan ringkas
12. Aktiviti Pra Tulis
Seawal 2 tahun kita boleh perkenalkan anak aktiviti pra tulis. Dedahkan mereka dengan aktiviti motor halus dan kasar, rangsang fokus visual mereka sehinggalah mereka menunjukkan minat dalam menulis.
Contoh Aktiviti:
1. Perah span
2. Bergayut
3. Kutip manik
4. Buka kuaci
5. Buka butang baju
6. Menggunting
13. Aktiviti Pra Gunting
Jangan risau, anak akan dapat kemahiran menggunting bila mereka berusia 3 tahun. Tapi, kalau kita tak rangsang kemahiran itu, perkembangan anak akan statik dan tak berkembang sepenuhnya sehingga mereka berusia 6 tahun.
Contoh:
1. Gunting playdoh
2. Renyuk kertas
3. Carik kertas dan buat playdoh
Baca juga:
15 Pembelajaran Dan Kemahiran Untuk Anak 5 Tahun
Dengan 13 aktiviti mingguan ni, insyaAllah anak-anak akan lebih seronok belajar sambil bermain. Yang paling penting, sebagai ibu bapa, kita perlu sabar dan sentiasa bersikap ‘sporting’ dalam melayan ragam anak-anak berusia 4 tahun ini.
Biarkan mereka bermain, kerana bermain adalah ‘kerja’ utama mereka pada usia ini. Aktiviti-aktiviti ni bukan saja menyeronokkan tapi juga dapat merangsang minda dan juga membantu mereka membentuk kreativiti serta potensi diri. Selamat mencuba!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.