Blog

Aktiviti Multi-Sensory Fun Bantu Anak Kuasai Visual Discrimination

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
anak

Kadang-kadang, bila ajar anak huruf atau simbol, mereka cepat lupa atau keliru dimana ini mungkin sebab mereka belum kuasai visual discrimination. Visual discrimination ialah kebolehan untuk membezakan bentuk, huruf atau objek dengan baik.

Salah satu cara untuk bantu mereka ialah melalui aktiviti multi-sensory yang melibatkan lebih daripada satu deria. Dengan gabungkan sentuhan, pendengaran dan pergerakan, anak-anak akan lebih cepat ingat apa yang mereka belajar, sambil berseronok!

Jom saya share beberapa aktiviti menarik yang boleh kita cuba.

1. Catch & Match Huruf

Tulis huruf pada bola kecil. Mainkan lagu kegemaran anak dan minta mereka kumpulkan bola yang ada huruf sama sambil lompat atau bergerak. Seronok bila ada elemen lagu sambil mereka cuba ingat huruf!

2. Sensory Treasure Hunt

Gunakan sensory filler macam beras berwarna atau pasir kinetik. Sembunyikan huruf dalam tu dan ajak anak cari huruf sambil bermain. Bagus untuk mereka belajar sambil rasa seronok explore!

3. Tap the Letter

Letak huruf pada dinding atau lantai. Sebut satu huruf dan ajak anak tepuk huruf yang disebut tu dengan tangan. Aktiviti ni memang melibatkan sentuhan, pergerakan dan penglihatan sekali gus.

4. Sound & Match

Mainkan bunyi-bunyi berbeza macam bunyi haiwan atau kenderaan. Tunjukkan gambar yang sepadan dengan bunyi tu dan minta anak padankan bunyi dengan gambar. Aktiviti ni bagus untuk audio-visual matching.

5. Run & Grab Letters

Letak huruf besar di beberapa sudut rumah. Sebut satu huruf dan minta anak berlari ke arah huruf tersebut. Boleh jadi satu fun race yang buat mereka lebih aktif sambil belajar.

6. Sandy Letters

Ambil pasir, letak dalam dulang. Tulis huruf dengan jari dan ajak anak ikut tulis huruf tu dalam pasir. Mereka boleh belajar huruf sambil rasa tekstur pasir yang best!

7. Feel & Guess Letters

Potong bentuk huruf dari kertas tebal atau foam, letak dalam beg kain. Minta anak masukkan tangan dan teka huruf yang dipegang hanya dengan rasa. Aktiviti ni memang hands-on dan menarik untuk bantu mereka belajar!

Baca juga: Sensory Play: Kunci Perkembangan Deria Anak

anak

Dengan cara ni, anak dapat belajar melalui pelbagai deria dan cara yang menyeronokkan. Ini bukan saja bantu mereka ingat, tapi juga memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh

Cuba perkenalkan lebih banyak aktiviti hands-on untuk bantu anak-anak tingkatkan visual discrimination mereka. Selamat mencuba!

visual discriminationhurufmulti-sensorysensory filler

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis