Homeschooling memang seronok, tapi tak dinafikan boleh jadi mencabar, terutamanya bila kita rasa burnout dan terbeban. Burnout dalam homeschooling bukan sesuatu yang jarang berlaku.
Terutama bagi ibu bapa yang terlibat sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak kadang-kadang boleh rasa hilang motivasi, letih mental dan fizikal.
Tapi jangan risau, burnout tu normal dan ada beberapa cara untuk kita atasi dan hilangkan perasaan tu supaya semangat kembali dan homeschooling jadi lebih seimbang.
1. Berhenti Sekejap dan Ambil Nafas
Kadang-kadang, bila kita dah terlalu tenggelam dalam rutin homeschooling, kita lupa nak berhenti sekejap dan tarik nafas. Ambil masa beberapa hari atau seminggu untuk pause dulu dari semua aktiviti belajar.
Tak salah untuk berehat, sebab homeschool ni kita yang kawal jadual, jadi gunakan fleksibiliti tu untuk ambil cuti bila perlu. Semasa berehat, biar anak-anak lakukan aktiviti yang mereka suka tanpa tekanan. Mungkin bermain di luar, melukis atau hanya berehat bersama keluarga.
2. Kurangkan Tekanan Diri Sendiri
Kita selalu rasa kena buat semuanya dengan sempurna. Jadual homeschooling kena mantap, semua pelajaran mesti lengkap dan anak-anak kena cemerlang. Tapi hakikatnya, tak apa kalau ada hari yang kurang produktif.
Tak setiap hari kita akan capai 100%. Cuba kurangkan tekanan pada diri sendiri untuk kejar “sempurna.” Fokus pada kemajuan anak-anak secara keseluruhan, bukan pada checklist harian yang panjang.
3. Tukar Aktiviti untuk Elak Rasa Bosan
Kadang-kadang burnout datang sebab kita ulang aktiviti yang sama berulang kali. Cuba tukar rutin sedikit. Kalau biasa kita duduk buat buku kerja atau baca buku teks, cuba buat aktiviti luar seperti pergi taman, buat eksperimen sains praktikal atau lawatan ke muzium.
Kadang-kadang, perubahan suasana ni cukup untuk segarkan semula minda kita dan anak-anak.
4. Sertai Komuniti Homeschool
Tak perlu rasa kita buat semua ni seorang diri. Cuba sertai komuniti homeschool contohnya dalam komuniti kami disini. Berbual dengan ibu bapa lain yang juga menjalani homeschooling boleh beri kita sokongan moral dan idea baru. Kadang-kadang, kita perlukan perbualan dengan orang lain yang faham apa yang kita alami untuk bantu hilangkan rasa terbeban.
5. Libatkan Anak-anak dalam Proses
Bila rasa burnout, kita boleh ajak anak-anak bincang apa yang mereka nak belajar dan aktiviti apa yang mereka suka. Libatkan mereka dalam proses buat keputusan tentang pelajaran atau aktiviti harian.
Bila anak-anak rasa mereka ada kuasa dalam pembelajaran mereka, mereka lebih bersemangat, dan kita pun rasa lebih ringan sebab ada bantuan dalam perancangan.
6. Beri Diri Sendiri Ruang “Me Time”
Dalam sibuk urus homeschooling, jangan lupa untuk jaga diri sendiri. “Me time” ni penting untuk recharge tenaga kita. Luangkan masa untuk buat aktiviti yang kita suka, tak kira kecil macam jalan-jalan dekat taman atau buat hobi yang kita suka.
Bila kita jaga diri sendiri, kita akan lebih bertenaga untuk kembali fokus pada homeschooling tanpa rasa terbeban.
7. Ingatkan Diri Tentang Sebab Mula Homeschool
Setiap kali rasa penat atau burnout, ingat balik kenapa kita mula homeschooling. Mungkin sebab nak beri anak pengalaman belajar yang lebih fleksibel, nak fokus pada nilai keluarga atau nak beri pendidikan yang lebih dekat dengan minat dan kemampuan mereka.
Dengan ingatkan diri tentang tujuan asal, kita boleh kembalikan motivasi dan semangat untuk teruskan.
8. Jadualkan Hari “Tidak Belajar”
Kadang-kadang, penting juga untuk ada hari yang tak melibatkan aktiviti belajar formal. Jadualkan hari di mana anak-anak boleh buat apa saja yang mereka minat. Sama ada membaca buku kegemaran, buat projek seni atau main di luar.
Hari bebas ni beri mereka ruang untuk rehat dan kita pun dapat masa untuk bertenang.
9. Jangan Takut untuk Ubah Pendekatan
Jika apa yang kita lakukan sekarang menyebabkan kita atau anak-anak rasa terbeban, jangan takut untuk ubah pendekatan. Mungkin cara belajar kita sekarang tak sesuai atau silibus yang kita guna terlalu ketat.
Homeschool ada fleksibiliti, jadi gunakan kelebihan ni untuk ubah cara kita lakukan sesuatu supaya ia lebih serasi dengan keadaan keluarga.
10. Minta Bantuan
Tak salah untuk minta bantuan. Sama ada dari pasangan, ahli keluarga atau kawan yang boleh tolong, minta mereka ambil alih sekejap atau bantu uruskan anak-anak selama beberapa jam.
Kadang-kadang, rehat yang kecil tapi bermakna tu dah cukup untuk kembalikan tenaga kita.
Baca juga: Nak Pilih Planner Jenis Digital atau Fizikal?
Homeschooling boleh jadi menyeronokkan, tapi kadang-kadang burnout tak dapat dielakkan. Yang penting, kita kenal pasti tanda-tanda burnout dan ambil langkah untuk rehat dan segarkan

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.