Pernah perasan anak kidal nampak struggle masa menulis? Jangan risau, itu perkara biasa dan sebenarnya ada cara mudah nak bantu mereka!
Terkejut juga pada mulanya sebab jika diteliti memang tiada genetik kidal baik sebelah saya, mahupun suami, tapi bila banyak kali dah buat pemerhatian dan ujian memang sah, Allah ciptakan anak saya yang kedua ini kidal.
Memang banyak struggle besarkan anak kidal. Tambahan memang tiada langsung pengalaman dan sejarah dalam keluarga.
Tapi semua ni menjadikan pengalaman indah dan bermakna dalam hidup ini.
Dalam post ni, saya kongsikan 10 tips praktikal yang boleh buat anak kidal lebih selesa dan lancar bila belajar menulis.
Cuba beberapa tips ni dan lihat perubahan yang mungkin tak dijangka. InsyaAllah mereka akan menulis dengan lebih yakin tanpa rasa susah!
1. Menulis secara berperingkat
2. Letak pelekat pada pensel sebagai petunjuk visual tempat untuk anak menekan pensel
3. Letak kertas di sebelah kiri
4. Gunakan pensel berbentuk segitiga
5. Biasakan buat aktiviti finger painting
6. Jangan paksa tulis tangan kanan
7. Ajar lakukan aktiviti motor halus dulu, sebelum terus ajar menulis
8. Meminta anak membentuk huruf mengikut objek mudah
9. Boleh guna alat tulis khas, cuma jangan terlalu bergantung
10. Berikan anak kebebasan melukis dengan tangan pilihan mereka
Baca juga: Bahan Yang Dapat Bantu Tingkatkan Kemahiran Kognitif Anak
Mengajar anak kidal menulis tak susah bila tahu cara yang betul. Dengan sedikit penyesuaian dan sokongan, mereka boleh menulis dengan lebih baik dan selesa.
Paling penting, kesabaran dan memahami keunikan anak-anak kita. Cuba tips yang dikongsikan tadi, dan tengok bagaimana mereka mula menulis dengan penuh keyakinan!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.