Blog

15 Tips Mudah Bantu Anak Menulis Secara Fun dan Efektif

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Nak ajar anak menulis memang memerlukan kesabaran dan sedikit kreativiti. Menulis ni sebenarnya satu skill penting. Bukan saja untuk motor halus anak, tapi juga untuk merangsang minda dan imaginasi mereka.

Bila boleh mula ajar anak menulis?

Seawal usia 2 tahun, kita sudah boleh mula memperkenalkan anak-anak kepada aktiviti pra-menulis.

Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk memperkuatkan otot tangan, memperbaiki koordinasi mata dan tangan, serta membantu mereka mengembangkan fokus visual.

Aktiviti-aktiviti ini adalah asas penting sebelum mereka memegang pensel dengan betul dan mula menulis.

Bagi peringkat awal ini, kita tak perlu fokus pada menulis huruf atau angka lagi. Sebaliknya, dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti motor halus dan kasar yang menyeronokkan.

Aktiviti-aktiviti ini akan membantu membina asas fizikal yang diperlukan untuk menulis dengan baik kelak.

Contoh Aktiviti Pra-Menulis:

  1. Perah span – Latih kekuatan genggaman tangan dengan memerah span yang basah.
  2. Bergayut – Membantu anak menguatkan otot tangan dan badan melalui aktiviti yang melibatkan pergerakan kasar.
  3. Kutip manik – Aktiviti motor halus yang memerlukan anak-anak menggunakan jari untuk mengutip benda kecil.
  4. Buka kuaci – Aktiviti ini melatih koordinasi tangan dan mata serta ketangkasan jari.
  5. Buka butang baju – Membantu mengasah kemahiran manipulatif tangan dan juga sabar.
  6. Menggunting – Melatih kemahiran motor halus dengan menggunakan gunting keselamatan untuk memotong kertas.

Semua aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu anak-anak membina kekuatan tangan dan meningkatkan koordinasi. Ini adalah persiapan penting untuk mereka apabila tiba masanya untuk memegang pensel dan menulis.

Kadang-kadang, kita kena cari jalan supaya mereka excited nak menulis. So, di sini saya kongsikan 15 tips mudah yang boleh bantu kita latih anak menulis dengan lebih fun dan efektif. Let’s dive in!

No photo description available. No photo description available. No photo description available. No photo description available. No photo description available. No photo description available. No photo description available. menulis menulis menulis menulis No photo description available. No photo description available. menulis menulis

Baca juga: Macam Mana Nak Buat Anak Suka Menulis?

Tak susah sangat pun kan nak buat sesi menulis jadi menarik?

Dengan tips ni, kita boleh jadikan belajar menulis satu pengalaman yang seronok untuk anak-anak.

Ingat, setiap anak ada pace mereka sendiri, so chill dan beri mereka galakan. Harap tips ni dapat bantu anak kita makin yakin dan mahir menulis. Selamat mencuba!

menuliskreativitiimaginasimotor halus

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis