Menulis ni boleh jadi satu cabaran besar untuk anak-anak, terutamanya bila mereka rasa macam kena duduk diam-diam dan menulis. Tapi sebenarnya, menulis tak semestinya kena serius dan bosan. Kalau kita tahu cara nak buat mereka rasa seronok, aktiviti menulis boleh jadi satu perjalanan yang penuh dengan imaginasi dan kreativiti!
Saya sendiri selalu cuba macam-macam cara untuk bagi anak-anak excited nak tulis cerita dan percaya atau tidak, kadang-kadang benda paling simple pun boleh buat mereka terus bersemangat.
Jom saya share beberapa tips mudah yang boleh bantu anak-anak lebih enjoy menulis, supaya mereka boleh jadi lebih yakin dan kreatif dalam berkongsi idea dan cerita.
1. Mulakan dengan Topik Kegemaran
Anak minat superhero? Atau suka cerita pasal kereta? Mulakan dengan topik yang mereka betul-betul suka. Bila menulis tentang sesuatu yang dekat di hati, mereka akan lebih bersemangat nak kembangkan idea dan cerita.
2. Jangan Paksa, Beri Ruang untuk Imaginasi
Biarkan anak-anak bebas menulis tanpa tekanan untuk “buat betul.” Biar mereka guna imaginasi, walaupun cerita tu nampak tak logik. Contohnya, kalau nak tulis tentang dinosaur yang pandai masak nasi lemak, go ahead!
3. Tulis Bersama-sama
Kadang-kadang, anak-anak lebih suka bila ada “partner” untuk menulis. Cuba buat aktiviti tulis bersama. Boleh mula dengan ayat pembukaan, kemudian giliran anak sambung. Aktiviti ni buat mereka rasa menulis tak boring, malah macam satu permainan.
4. Sediakan Ruang Khas untuk Hasil Tulisan Mereka
Anak-anak akan rasa lebih bangga kalau nampak hasil tulisan mereka dipamerkan. Boleh buat sudut di rumah untuk tampal cerita yang mereka tulis atau sediakan buku khas untuk kumpul semua cerita mereka.
5. Beri Pujian yang Spesifik
Jangan lupa puji usaha mereka! Cakap, “MasyaAllah, seronok mama baca cerita ni, penuh dengan idea kreatif!” atau “Pandai kamu tulis dialog watak ni, macam betul-betul bercakap.” Pujian macam ni akan buat mereka rasa dihargai dan lebih semangat nak terus menulis.
6. Gunakan Gambar sebagai Inspirasi
Kadang-kadang anak-anak perlukan sedikit ‘kick-start’ untuk mula menulis. Tunjukkan gambar dan minta mereka reka cerita berdasarkan gambar tu. Contohnya, gambar haiwan di zoo atau robot angkasa.
7. Jadikan Menulis Satu Permainan
Buat cabaran kecil, seperti “Siapa boleh tulis cerita paling kelakar?” atau “Cuba tulis cerita pendek hanya dalam 3 perenggan.” Bila ada elemen ‘fun’ macam ni, anak-anak akan lebih enjoy dan teruja untuk mencuba.
8. Perkenalkan Aplikasi atau Alat Menulis Digital
Kalau anak lebih suka menaip daripada menulis tangan, biarkan mereka guna tablet atau komputer. Ada juga aplikasi yang boleh bantu mereka bina cerita dengan interaktif, jadi menulis tak rasa macam “kerja sekolah,” tapi lebih kepada aktiviti kreatif.
Baca juga: Kenapa Anak Tak Suka Menyalin?
Jadikan menulis satu pengalaman yang seronok dan penuh dengan imaginasi. Dengan beri ruang untuk anak-anak bereksperimen dan pujian yang tepat, mereka akan lebih yakin dan excited untuk terus menulis. Apa yang penting, biar mereka rasa menulis bukan tugas, tapi satu cara untuk berkongsi cerita dan idea!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.