Anak-anak memang penuh dengan tenaga dan bila mereka nak sesuatu, biasanya mereka nak sekarang juga! Tapi sabar bukanlah sesuatu yang datang secara semula jadi.Tapi merupakan kemahiran yang kita perlu didik dan latih anak-anak sedikit demi sedikit.
Jangan risau, walaupun nampak susah, ada banyak cara praktikal yang boleh kita cuba untuk bantu mereka belajar sabar. Berikut adalah beberapa cara realistik untuk ajar anak-anak menjadi lebih sabar:
1. Jadi Contoh Sabar Setiap Hari
Anak-anak tengok kita sebagai contoh utama, jadi kalau kita tunjukkan sabar, mereka pun akan belajar dari kita. Misalnya, kalau kita tengah tunggu sesuatu yang ambil masa, “Lambat sikit ya makanan kita sampai, tapi tak apa, kita tunggu dengan sabar. ,Mama rasa sebab ramai juga yang tengah order ni” Bila kita tunjuk tenang, mereka pun akan ikut.
Ini juga membantu mereka faham yang sabar bukan hanya untuk kanak-kanak, tapi untuk semua orang.
2. Gunakan Aktiviti Harian untuk Latih Sabar
Kadang-kadang, situasi seharian boleh jadi latihan yang baik untuk sabar. Contohnya, kalau mereka minta sesuatu, kita boleh jawab, “Adik kena tunggu 5 minit ya, mama tengah siapkan kerja dulu. Lepas tu kita boleh main sama-sama.”
Mulakan dengan tempoh masa yang pendek dan bila mereka berjaya menunggu, kita boleh puji. “Wah, adik tunggu mama dengan sabar tadi! Terima kasih adik, sayang adik!” Ini buat mereka rasa menunggu bukanlah sesuatu yang sukar.
3. Main Permainan Ganti Giliran
Permainan yang melibatkan giliran seperti Uno atau Saidinia sebenarnya sangat bagus untuk ajar anak sabar. Mereka kena tunggu giliran, dan sambil tu belajar kawal rasa tak sabar. Setiap kali mereka berjaya tunggu giliran dengan tenang, kita boleh puji. “Bagus abang sabar tunggu giliran! Nanti lepas ni giliran abang, mama tahu abang excited kan?”
4. Gunakan Timer untuk Latih Menunggu
Kadang-kadang anak tak tahu berapa lama mereka kena tunggu, jadi mereka cepat hilang sabar. Guna timer atau jam adalah cara yang mudah. Contohnya, bila mereka nak main sesuatu, kita boleh cakap, “Tunggu 5 minit, bila timer berbunyi, baru kita mula.” Dengan timer, mereka boleh nampak masa menunggu dan lebih faham konsep menunggu dengan jelas.
5. Beri Aktiviti Sampingan Semasa Menunggu
Menunggu memang boleh buat anak-anak rasa bosan. Jadi, beri mereka aktiviti kecil untuk buat sambil menunggu. Contohnya, kalau kita tengah beratur panjang di kedai, kita boleh bawa buku kecil atau main permainan mudah macam teka-teki. Ini akan alihkan perhatian mereka dan buat masa menunggu rasa lebih cepat.
6. Beri Galakan Bila Mereka Gagal Bersabar
Anak-anak takkan belajar sabar dalam sehari. Kadang-kadang mereka akan hilang sabar dan mula meragam. Bila ini berlaku, jangan cepat marah. Sebaliknya, bantu mereka faham apa yang berlaku. Contohnya, “Mama tahu adik marah sebab kena tunggu lama, tapi kalau kita sabar, nanti kita dapat apa yang kita nak dengan lebih tenang. Tak apa, kita cuba lagi ya.”
Baca juga: Penting Ajar Anak Adab yang Baik
Sabar bukan sesuatu yang datang dengan mudah, tapi dengan latihan yang berterusan, anak-anak kita boleh belajar untuk jadi lebih sabar. Ingat, ajar anak sabar bukanlah soal memaksa mereka menunggu, tapi bantu mereka faham proses menunggu dan beri mereka alat untuk urus emosi mereka sendiri.
Parenting ni memang mencabar, tapi dengan cara yang betul, kita boleh jadikan proses ni lebih seronok dan bermakna. Stay tuned untuk lebih banyak tips parenting yang praktikal dan realistik!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.