Blog

Makanan Untuk Anak Bukan Sekadar Kenyang di Perut

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Sebagai ibu bapa, kita sering kali berfikir bahawa memberi makan anak-anak hanya bertujuan untuk mengisi perut mereka dan memastikan mereka cukup tenaga untuk bergerak dan bermain.

Namun, hakikatnya memberi makan anak jauh lebih daripada sekadar memenuhi keperluan jasmani mereka. Makanan yang kita berikan kepada anak-anak seharusnya memberi kesan yang lebih mendalam, bukan hanya pada tubuh mereka tetapi juga pada jiwa, akal, dan rohani mereka.

Semua manusia yang diciptakan Allah memiliki lima unsur yang sama. Dan untuk mendidik anak cara Islam, lima unsur inilah yang perlu pelihara, kenal dan beri makan secukupnya supaya anak dapat membesar menjadi seorang yang sihat tubuh, jiwa, mental dan hidup berlandaskan syariat Islam. Bukan sekadar untuk kenyangkan mereka saja.

Roh

Sebelum kita dilahirkan di dunia, kita semua berada dalam alam roh. Roh ini juga perlu diberikan makanan iaitu iman dan tauhid. Ajar anak untuk kenal Allah SWT, biasakan mereka dengan makna Asma ul-Husna. Jangan sesekali berikan makanan roh anak-anak dengan percaya kepada syirik, syaitan dan jin.

Sebagai ibu bapa, didik anak untuk amalkan ilmu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang didasari oleh tauhid dan keesaan Allah SWT.

Akal

Akal juga ada makanannya. Jika kita biarkan akal anak-anak kelaparan, mereka akan jahil. Usahakan berikan ilmu yang positif dan berfaedah. Satu lagi makanannya ialah pengalaman. Jangan tersalah beri makan, kerana boleh menyebatkan anak tersesat.

Ilmu ini juga ada caranya, didik anak bila mereka semakin kenyang menikmati makanan ilmu, perlu merasa dirinya banyak yang tidak tahu. Bukan sebaliknya. Ini kerana ADAB itu lebih tinggi dari ilmu dan pengalan yang luas. Ada ILMU tinggi tapi tak beradab apa gunanya?

Hati

Selain itu, jangan lupa hidangkan makanan untuk hati anak-anak. Makanan utamanya ialah sifat-sifat yang baik. Didik anak suka menolong orang, bersedekah dan empati terhadap orang lain.

Jangan pula tersalah makan depan anak dengan menunjukkan hidangan yang tak baik, contohnya kita sebagai ibu dan bapa selalu dengki dengan orang lain, bersikap dendam, suka menabur fitnah.

Anak yang melihat perbuatan kita akan senang untuk menyertai makan sekali dan ini membuatkan hati mereka keracunan juga. Nauzubillah min dzalik.

Nafsu

Antara unsur yang paling senang tersilap dan mudah tergoda untuk makan ialah nafsu. Makanannya ialah segala perbuatan yang baik, jika kita tidak memberikan nafsu anak-anak makanan yang baik, mereka akan terus makan perbuatan yang buruk.

Ini kerana sebagai manusia biasa kita sering leka sehingga terus melakukan kesilapan demi kesilapan. Awasi anak-anak, tegur dan didik mereka sehingga tersedar mereka tersilap makan. Jika nafsu tidak terdidik maka mudahlah jalan syaitan mempengaruhi anak-anak. Didiklah nafsu anak-anak, bermujahadahlah.

Jasad atau badan

Perlu makan yang maujud, dan jika tidak diberi makan anak tidak akan bertenaga dan senang jatuh sakit. Untuk makanan jasad terlalu banyak pilihan dalam dunia ini tapi pilihlah yang halal dan thoyyiba.

Jauhi anak dengan makanan syubhah dan haram. Perkenalkan anak-anak dengan makanan sunnah, supaya jasad mereka lebih dekat mengenali Rasulullah. Sebelum makan juga perlu ada caranya. Didik anak makan secara Islam, penuh kesopanan adab dan mengikut sunnahnya. Makan makanan yang sihat untuk keperluan tubuh badan mereka.

Sebagai orang Islam, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan makanan secukupnya kepada lima unsur ini terhadap anak-anak. Bukan sekadar makan pagi, tengahari dan malam untuk kenyangkan jasad.

Cabaran dunia hari ini berbeza berbanding zaman kita dahulu. Banyak sangat makanan lain yang senang untuk anak pilih dan dihidang terdedah kepada lima unsur mereka. Sedikit sahaja kelekaan kita dalam didikan anak-anak kita, akan beri kesan buruk pada pembentukan peribadi mereka yang akan kekal selamanya.

Tiada jalan lain melainkan kembali kepada cara yang diajarkan oleh Islam dalam mendidik anak-anak kita, insyaAllah.

Baca juga: 7 Jenis Golongan Ibubapa Yang Minat Ilmu Pendidikan

makanan

Semoga dengan memahami dan mengamalkan cara mendidik anak yang berlandaskan lima unsur ini, kita dapat membimbing mereka menjadi insan yang sihat, berakhlak mulia, dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa bukan hanya untuk memberi makan jasad mereka, tetapi juga untuk memelihara roh, akal, hati, nafsu, dan tubuh mereka dengan sebaik-baiknya. Dunia mungkin berubah, namun prinsip Islam dalam mendidik anak tetap relevan dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan, kesabaran, dan petunjuk dalam menjalankan amanah ini. Amin.

sabarrohanijasmanijiwa

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis