Kita nak anak-anak cepat pandai, nak mereka capai banyak milestone, nak lihat mereka berjaya dalam pelbagai bidang tapi hakikatnya, anak-anak ni bukan mesin yang kita boleh set untuk ‘berfungsi’ ikut kehendak kita.
Mereka manusia, sama dengan kita, ada perasaan, strengths, weaknesses dan journey sendiri.
Jadi, sebagai homeschool parents, penting untuk kita acknowledge yang proses belajar tu adalah satu perjalanan yang perlukan masa, kesabaran dan ruang untuk mereka berkembang secara natural.
1. Progress Tak Selalu Nampak
Kadang-kadang, kita tak nampak ‘hasil’ pembelajaran anak kita secepat yang kita harapkan. Mungkin mereka struggle dengan satu topik atau ambil masa lama untuk faham satu konsep.
Tapi sebenarnya, progress mereka ada, cuma mungkin tak nampak on the surface. Anak-anak belajar dalam banyak cara, mungkin mereka lebih faham secara perlahan, tapi sekali mereka grasp, mereka faham lebih mendalam.
Dalam homeschool, kita kena appreciate setiap langkah kecil dan fahami yang learning isn’t always linear.
2. Perlu Masa untuk Explore dan Buat Salah
Sebagai parents, kita selalu nak anak ‘betul’ sepanjang masa. Jawab soalan dengan tepat, tak buat salah langsung. Tapi kesilapan tu adalah sebahagian dari proses belajar yang paling penting.
Bila mereka buat salah, mereka belajar untuk cuba lagi, untuk handle kekecewaan dan untuk berusaha perbaiki diri. Dalam homeschool, kita boleh bagi mereka ruang untuk explore tanpa takut buat silap.
Anak-anak yang diberi ruang macam ni akan develop resilience, sebab mereka tahu yang it’s okay to fail, as long as they keep trying.
3. Belajar Mengikut Minat dan Rentak Sendiri
Anak-anak bukan mesin yang boleh ‘set’ untuk minat pada semua benda atau belajar semua subjek sama laju. Ada anak yang cepat dalam sains, ada yang lebih suka seni, ada yang ambil masa untuk faham matematik.
Dengan homeschool, kita boleh ajar anak-anak ikut minat dan rentak mereka sendiri. Kita boleh adapt curriculum untuk match cara mereka belajar. Bila kita embrace minat mereka, mereka jadi lebih motivated dan belajar dengan lebih mendalam.
4. Emosi Anak Penting dalam Pembelajaran
Sebagai manusia, emosi kita main peranan besar dalam cara kita belajar. Anak-anak pun sama. Kalau mereka stress, kecewa atau rasa pressure, mereka susah nak fokus atau enjoy belajar.
Dalam homeschool, kita ada peluang untuk acknowledge emosi anak-anak. Kalau mereka nampak penat atau tak berminat, kita boleh beri rehat sekejap atau cuba pendekatan lain.
Kita bukan sekadar ajar mereka ilmu akademik, tapi ajar mereka untuk kenal dan manage emosi mereka. Dengan cara ni, kita bukan sekadar educate mind mereka, tapi juga nurture their heart.
5. Celebrate Small Wins dan Growth
Bila kita anggap anak-anak bukan sebagai mesin tapi sebagai individu, kita mula nampak kepentingan untuk celebrate every small win. Bila mereka berjaya faham satu konsep yang susah, berani cuba benda baru atau tunjuk effort yang luar biasa, itu pun satu kejayaan.
Kita tak perlu tunggu mereka capai milestone hebat untuk appreciate progress mereka. Dalam homeschool, setiap growth, walaupun kecil, adalah sesuatu yang berharga. Dengan celebrate small wins ni, insyaAllah mereka akan rasa lebih confident dan dihargai.
6. Anak-anak Belajar Mengikut Rentak Diri Sendiri
Kita kena ingat yang setiap anak ada timeline sendiri. Ada yang cepat tangkap, ada yang perlukan masa. Bila kita homeschool, kita ada flexibility untuk benarkan mereka belajar ikut rentak yang sesuai untuk mereka.
Kita tak perlu ‘paksa’ atau pressure mereka untuk capai sesuatu dalam masa tertentu. Mereka belajar dalam persekitaran yang lebih tenang, tanpa rasa perlu kejar-kejar. Benda ni buat mereka rasa lebih selesa dan enjoy proses belajar tu sendiri.
Baca juga: Bagi Anak Cari Ruang Untuk Jadi Diri Sendiri
7. Pentingnya Empathy dalam Mengajar
Satu benda yang homeschool parents belajar adalah untuk develop empathy dengan anak-anak sendiri. Bila kita sedar anak-anak bukan mesin, kita lebih sabar, lebih faham struggle mereka.
Kita belajar untuk letakkan diri kita dalam situasi mereka dan bantu mereka dengan cara yang supportive, bukan dengan judgement. Dengan empathy, kita jadi lebih terbuka untuk adapt dan bagi mereka ruang untuk belajar mengikut cara mereka sendiri.
Bila kita homeschool, kita diberi peluang untuk lebih dekat dengan anak-anak, lebih faham journey mereka dan lebih appreciate proses belajar yang unik bagi setiap individu. Anak-anak kita bukan mesin yang kita boleh ‘set’ untuk capai target tertentu.
Mereka adalah manusia yang perlukan masa, kesabaran dan sokongan untuk belajar. Dengan homeschool, kita boleh embrace setiap langkah kecil, kesilapa, dan kemenangan mereka. InsyaAllah inilah yang akan menjadikan proses pendidikan lebih indah dan bermakna untuk mereka dan juga kita sebagai parents.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.