Blog

Anak Perlukan Perhatian, Bukan Arahan

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
perhatian arahan

Kadang-kadang, bila anak-anak tak dengar kata, kita terus rasa macam mereka sengaja nak buat kita geram. Tapi sebenarnya, ada banyak sebab di sebalik tingkah laku mereka yang kita mungkin tak nampak.

Contohnya, satu petang tu, Lais dan Qais tengah syok sangat main Lego di ruang tamu. Mereka tengah dalam misi besar nak bina istana Lego yang paling hebat pernah mereka buat. Saya panggil mereka tiga kali dari dapur suruh kemas sebab dah nak masuk waktu makan malam. Tapi, langsung tak ada respon, serius macam bercakap dengan dinding je!

Mengapa Anak Kadang Tak Dengar Kata

Rupanya, bukan mereka tak nak dengar kata, tapi mungkin mereka terlalu asyik dengan apa yang mereka buat, sampai bunyi suara kita tu macam angin lalu je. Dalam dunia kecil mereka, binaan Lego tu mungkin lebih penting masa tu daripada apa-apa pun, sebab mereka tengah teruja nak siapkan. 

Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita cepat rasa kecewa bila arahan kita tak diendahkan. Tapi cuba bayangkan kita dalam situasi yang sama. Apabila kita tengah fokus buat sesuatu yang kita minat, tiba-tiba ada orang datang suruh berhenti dan buat benda lain. Mesti kita pun rasa susah nak break fokus, kan? Begitu juga dengan anak-anak kita.

Kita sendiri pernah berada dalam situasi di mana kita tengah tengok filem atau baca buku yang sangat menarik. Tiba-tiba ada yang panggil kita untuk buat kerja lain. Rasa kecewa tu datang sebab kita tak nak putuskan keseronokan yang tengah kita alami.

Baca juga: 9 Tips Parenting Yang Umi Abah Saya Buat dan Saya Cuba Aplikasi Kepada Cucu Mereka

Asyik dalam Dunia Mereka

Begitu juga dengan anak-anak kita. Dunia mereka penuh dengan imaginasi dan kreativiti yang kadang-kadang kita lupa untuk hargai. Bila mereka tengah asyik buat sesuatu yang mereka suka, fokus mereka lebih mendalam daripada yang kita jangkakan. Mereka betul-betul tenggelam dalam aktiviti tu dan suara kita mungkin tak cukup kuat untuk menarik mereka keluar dari dunia fantasi yang mereka cipta.

Jadi, sebelum kita marah atau rasa kecewa, cuba fikir apa yang anak-anak kita tengah rasa masa tu. Mungkin mereka perlukan masa untuk adjust atau perlukan sedikit perhatian tambahan untuk buat mereka rasa didengari.

Contohnya, cuba duduk sebelah mereka, tengok apa yang mereka tengah buat, dan puji usaha mereka. “Wow, istana ni nampak macam real!  MasyaAllah anak-anak mama kreatif sangat” Lepas tu, barulah cakap dengan nada lembut, “Boleh tak kita kemas sekarang dan sambung lepas makan? Nanti mama boleh tolong sama-sama.”

Memahami Perspektif Anak

Dengan cara ni, kita bukan je tunjuk yang kita faham minat dan usaha mereka, tapi juga kita ajak mereka untuk buat keputusan bersama. Bila kita cuba masuk ke dunia mereka dan faham perspektif mereka, lebih mudah untuk kita buat mereka rasa dihargai dan lebih terbuka untuk dengar cakap kita. Anak-anak bukan sekadar perlukan arahan, mereka juga perlukan rasa dihargai dan difahami. Kadang-kadang, anak-anak tak perlukan lebih arahan, mereka cuma perlukan sedikit pemahaman dan perhatian dari kita.

Baca juga: Beri Pilihan dan Libatkan Anak Dalam Buat Keputusan

perhatian arahan

Dan bila kita berjaya buat mereka rasa begitu, mereka akan lebih mudah menerima arahan dan lebih willing untuk ikut apa yang kita suruh. Jadi, sebelum kita hilang sabar, cuba masuk ke dunia mereka, dan lihat dari sudut pandang mereka, insyaAllah mungkin di situ kita akan jumpa cara terbaik untuk mereka dengar kata.

arahanperhatianpemahamansabar

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis