Kita semua dibesarkan dalam sistem atau silibus yang menekankan garisan umur ada tahap pembelajaran tersendiri.
6 tahun kena pandai membaca.
7 tahun dah kena tahu sifir.
17 tahun wajib ambil SPM Semua orang kena ikut “timeline sistemik” yang ditentukan oleh pihak luar.
- Ada yang ikut penuh KSSR dan KSSM sebab plan nak anak ambil SPM.
- Ada yang ambil topik terpilih dan campur dengan bahan luar.
- Ada yang guna kurikulum Cambridge, sebab target nak ambil IGCSE.
- Ada yang fully eclectic, ambil ikut keperluan anak dan tujuan keluarga. Itu bukan kelaut.
Itu dinamakan “curriculum mapping.”
Dalam homeschool, kami rangka pembelajaran anak-anak ikut realiti, bukan ikut kebiasaan semata-mata.
Silibus bukan ‘remote control’ yang kawal semua keluarga homeschool.
Sebaliknya, kami yang pegang ‘remote’. Kami yang tentukan ‘siaran mana’ paling sesuai untuk anak.
Jadi, kami lebih suka berpandukan learning standard, bukan semata-mata nak kejar habiskan bab 1 sampai 12.
Fokus kami lebih kepada penguasaan, bukan kelajuan.
Pengalaman, bukan sekadar pensil dan kertas.
Pembangunan karakter, bukan sekadar gred atas kertas.
Berbalik kepada persoalan sebelum ini, homeschool kena ikut silibus KPM ke?
Jawapannya bergantung pada matlamat kita, bukan tekanan sekeliling.
Silibus KPM bukan musuh. Tapi, boleh jadi guideline yang baik, terutamanya kalau kita plan nak anak ambil exam macam SPM, MUET atau sambung ke sistem formal semula.
Silibus KPM (macam KSSR & KSSM) sebenarnya dibina berdasarkan learning standards dan merupakan rujukan untuk capai minimum learning outcomes bagi murid-murid di sekolah.
Tapi, ada ramai homeschoolers tetap rujuk KSSR/KSSM untuk:
- tahu tahap pembelajaran ikut umur
- buat rujukan topik kalau anak akan ambil SPM private
- bandingkan mana topik yang nak guna, mana yang nak ubahsuai
Tapi bila homeschool, kita tak wajib ikut bulat-bulat.
Sebab dalam homeschool, kita tak terikat dengan timeline macam di sekolah.
Kita tak perlu habiskan semua topik ikut bulan sebab kita tak kejar tarikh peperiksaan tapi kita kejar kefahaman.
- Kalau anak belum kuasai sesuatu topik, kita boleh ulang sampai dia betul-betul faham.
- Kalau ada topik yang tak relevan dengan hala tuju anak, kita boleh skip atau ubahsuai.
- Kalau anak minat subjek tertentu, kita boleh susun ikut minat tu dan pergi lebih jauh.
- Kalau anak perlu rehat dari sesuatu topik, kita boleh pause dan sambung semula tanpa rasa ‘ketinggalan’.
Contoh:
Anak saya suka sains. Jadi saya banyak buat aktiviti STEM dan eksperimen sendiri. Tapi bila bab sejarah, saya tukar kepada storytelling dan lawatan tapak sejarah.
Masih belajar, cuma tak ‘ikut buku teks’ semata.
Baca juga: Tips Kurangkan Stress dan Konsisten Homeschool Anak-Anak
Dalam homeschool, kita bukan redah ikut suka hati. Tapi, kita ada peluang untuk customize perjalanan pembelajaran anak.
Kita tak limit diri pada subjek arus perdana semata.
Tapi, kita boleh masukkan elemen-elemen yang lebih luas dan bermakna seperti Islamic studies, coding for kids, journaling, STEM-based learning, life skills dan project-based exploration.
Sebab walaupun kita bebas dari sistem formal, tapi tak bebas dari tanggungjawab untuk terus mendidik. Paling penting, kita tahu apa nak capai, bukan main redah saja.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.