Blog

Berapa Lama Masa Belajar Homeschool Anak-anak?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool
anak-anak belajar

Bila kita homeschool anak-anak, soalan yang selalu timbul ialah, “Berapa lama sehari sebenarnya anak-anak belajar?” Jujurnya, tak ada satu jawapan tetap sebab homeschool ni memang fleksibel dan boleh diubah ikut keperluan keluarga kita sendiri.

Tapi kalau nak panduan kasar, saya boleh kongsikan macam mana saya susun.

1. Pra-Sekolah (3-5 tahun):

15 hingga 30 minit

Anak-anak peringkat ni biasanya belajar melalui bermain. Aktiviti pendek macam bercerita, bermain blok, mengenal huruf dan nombor atau sesi mewarna sudah cukup. Tak perlu paksa lama-lama, asalkan mereka seronok dan mula faham konsep asas.

2. Tadika (5-6 tahun):

30 minit hingga 1 jam

Umur ni anak-anak dah mula kenal huruf, mengeja dan kira nombor mudah. Fokus pada aktiviti pembelajaran ringan seperti membaca buku cerita, aktiviti seni dan kra, dan belajar mengenal abjad dan suku kata. Sesi belajar boleh diselang-selikan dengan rehat dan permainan.

3. Tahun 1 hingga 2 (7-8 tahun):

1 hingga 1.5 jam

Anak dah mula belajar membaca dengan lancar, mengenal operasi asas Matematik (tambah, tolak) dan belajar sains asas macam mengenal haiwan dan tumbuhan. Boleh tambah sesi pembelajaran macam latihan menulis, membaca buku teks pendek atau aktiviti hands-on yang menarik minat mereka.

4. Tahun 3 hingga 4 (9-10 tahun):

1.5 jam hingga 2.5 jam

Peringkat ni dah mula ada subjek lebih formal seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Sejarah. Boleh selitkan projek mini macam eksperimen sains mudah, buat peta minda untuk subjek sejarah atau aktiviti kumpulan jika homeschool bersama rakan-rakan lain.

5. Tahun 5 hingga 6 (11-12 tahun):

2.5 jam hingga 3.5 jam

Anak-anak peringkat ini dah bersedia untuk belajar topik yang lebih mencabar. Mereka boleh mula buat ulang kaji dan latihan topikal, belajar menulis karangan dan memahami konsep Matematik yang lebih mendalam. Selain belajar dalam buku teks, galakkan mereka buat pembentangan atau aktiviti praktikal untuk lebih memahami subjek.

6. Tingkatan 1 hingga 2 (13-14 tahun):

3 hingga 4 jam

Anak-anak mula belajar lebih banyak subjek dan topik yang akan mempersiapkan mereka untuk tingkatan yang lebih tinggi. Masa belajar boleh ditambah sedikit, dengan aktiviti tambahan seperti latihan eksperimen sains, pembentangan untuk subjek Sejarah, atau sesi perbincangan bagi Matematik dan Bahasa Inggeris.

7. Tingkatan 3 hingga 5 (15-17 tahun):

3.5 hingga 6 jam

Fasa ni lebih fokus untuk persediaan peperiksaan seperti PT3, SPM atau IGCSE. Masa belajar boleh lebih panjang, terutama untuk ulang kaji topik-topik penting dan membuat latihan soalan peperiksaan. Cuma pastikan juga ada masa rehat supaya mereka tidak terlalu tertekan. Jangan lupa jadualkan aktiviti luar bilik belajar, macam beriadah atau belajar kemahiran baru yang membantu keseimbangan emosi.

Baca juga: Jenis Anak Yang Sesuai Homeschooling

anak-anak belajar

Homeschool tak perlu ikut jadual ketat macam sekolah. Yang penting, kita sesuaikan dengan apa yang anak-anak perlukan. Kalau hari tu rasa tak semangat nak belajar depan meja, boleh je buat aktiviti luar yang melibatkan pembelajaran. Homeschool lebih kepada cara kita adaptasi untuk buat anak-anak seronok belajar, tanpa rasa terbeban. 🌈💪

homeschoolanak belajarmasaumur

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis