Blog

Ajar Anak Bercakap Bahasa Inggeris Secara Santai

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
belajar english

Sebenarnya, anak-anak saya pun masih lagi tak fasih berbahasa Inggeris.  Tapi, setelah buat pembacaan dan cuba beberapa cara, inilah apa yang saya belajar.

Benda yang Anak Suka

Firstly, mulakan dengan benda yang mereka suka.  Contohnya, kalau mereka minat kartun, tengok kartun dalam bahasa Inggeris seperti Numberblocks.

Kartun ni bukan saja seronok, tapi juga membantu mereka belajar tentang nombor dalam bahasa Inggeris. Misalnya, bila Numberblock cakap “Let’s add ourselves together to make a bigger number!” sambil tunjukkan animasi penambahan, anak-anak bukan je belajar matematik, tapi juga mula faham dan guna perkataan serta ayat dalam bahasa Inggeris.

Perbualan Harian

Saya juga cuba masukkan bahasa Inggeris dalam perbualan harian kami, terutamanya dalam aktiviti homeschooling. Tak perlu terus cakap full English, tapi cukup dengan ayat-ayat mudah seperti mereka cakap  “I need help with my homework”“What’s the answer to this question?” atau “Can we read this book together?”.

Lama-kelamaan, anak-anak jadi lebih biasa dengar dan mula balas balik dalam bahasa Inggeris, walaupun ada salah sikit-sikit. Dan itulah yang penting, asalkan mereka berani cuba.

Permainan dan Lagu

Selain tu, saya dapati, jadikan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai permainan juga sangat membantu. Contohnya, bila main game ‘I Spy,’ saya akan guna perkataan dalam bahasa Inggeris seperti, “I spy with my little eye, something that is round” dan anak-anak akan cuba teka sambil belajar perkataan baru.

Di samping itu, kami juga suka menyanyi bersama lagu-lagu yang sesuai dengan minat mereka. Contohnya seperti lagu  English Islamic seperti “Number One For Me” dari Maher Zain.

Lagu-lagu macam ni bukan je catchy, tapi juga ada lirik yang mudah diingat. Jadi, ini akan buat mereka lebih seronok belajar bahasa Inggeris sambil menyanyi.

Buku Cerita

Tambahan pula, buku cerita dalam bahasa Inggeris juga satu cara yang saya cuba. Bacakan kepada mereka sebelum tidur dan kalau mereka dah besar sikit, minta mereka ceritakan semula dalam bahasa Inggeris.

Ini bukan je bantu mereka tambah vocabulary, tapi juga tingkatkan keyakinan mereka nak bercakap dalam bahasa Inggeris.

Pujian dan Sokongan

Dan satu lagi perkara yang saya belajar, pujian dan sokongan dari kita sebagai ibu bapa sangat penting. Contohnya, bila anak saya berjaya faham dan jelaskan konsep pecahan dalam bahasa Inggeris, saya akan puji dengan lebih spesifik, “You did an amazing job explaining the fractions! MasyaAllah, you’re really getting better at understanding these concepts”.

Pujian yang spesifik macam ni buat mereka rasa lebih yakin dan termotivasi nak terus improve.

Baca juga: Cara Seronok Ajar Anak Bahasa Inggeris

belajar Inggeris

Semua ni adalah hasil dari pembacaan dan percubaan saya sendiri. Walaupun anak-anak masih belum fasih sepenuhnya, saya dapat lihat perubahan yang positif. Mereka lebih berani cuba, dan itu bagi saya adalah satu langkah besar ke arah fasih berbahasa Inggeris.

Saya percaya, dengan kesabaran dan konsistensi, lama-kelamaan mereka akan jadi lebih yakin dan fasih bercakap dalam bahasa Inggeris.

tips belajarbelajar englishbahasa Inggerismudah belajar bahasa

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis