Hari ni saya nak kongsikan sumber rujukan homeschool untuk subjek Bahasa Inggeris bagi peringkat kindergarten. Ikhlas cakap tau, saya pun tak pandai juga, sekadar cuba yang termampu, dan bila nampak keberkesanan dan manfaat dalam jangka masa panjang baru saya berani nak share.
Saya tak beli semua ni serentak ya. Sebab banyak yang tinggi jugak harganya. Saya menabung, ‘puasa’ sikit beli skincare demi pendidikan anak-anak.
Untuk latihan menulis pula kami gunakan buku Evan Moor Smart Start Read, Evan Moor Kindergarten Smart Start and Write dan i Can Write by Awal Publication. Saya kumpul tiga koleksi untuk buku ni, beli sekaligus jimat.
Yang flashcards ni dah ada siap-siap sekali bila beli I Can Read oleh AWALpublications. Senang, saya tak payah dah print macam dulu dulu lagi satu persatu perkataan.
Buku I Can Read
Salah satu buku yang saya guna dan sangat berkesan untuk anak-anak ialah I Can Read oleh Awal. Buku I Can Read ni ada 3 saja buku teks jadi memang teruja juga sebab cepat anak dapat menguasai Bahasa Inggeris.
Ini kerana buku ini mengunakan konsep berbeza yang memberi penekanan kepada kesedaran fonemik dan kata kunci sekaligus membuatkan buku ini senang untuk anak belajar membaca.
Setiap buku anak akan belajar bunyi-bunyi asas Bahasa Inggeris iaitu bunyi vokal dan konsonan berbeza melalui beberapa kata kunci yang mudah dihafal.
Saalin 220 Sight Words Cards
Dalam Saalin 220 Sight Words Cards terdapat banyak sangat perkataan, gambar dan contoh ayat mewakili setiap sight word. Jadi anak-anak lebih senang untuk faham maksud sesuatu perkataan tersebut.
Sebab tiada guna anak tahu membaca, tapi tidak memahami apa yang mereka baca. Seteleh perkenalkan perkataan baharu, anak-anak akan membuat pelbagai aktiviti sebagai pengukuhan apa yang mereka pelajari.
Yang ni sekali dengan set I Can Read. Bagi saya, pilih buku yang mengalakkan anak menyalin, melakar atau menulis semula corak atau tulisan yang ada. Seperti quotes oleh Jack Canfield ” Repetition is the key to real learning”
Selain bahasa Inggeris, dalam buku ni ada banyak lagi gabungan subjek seperti sains, math, art, reading and thinking. Buku ni saya beli kat luar, bukan kat shopee.
Mujurlah saya jumpa ada link kat shopee. Dah lah tengah murah ni, tapi kuantiti tak banyak dah. Buku ni tebal tau, dan content dia sepenuh berwarna. anak-anak suka sangat, tengoklah cover dia dan macam tu dah
Buku Peter dan Jane
Peter dan Jane juga dilengkapi dengan ilustrasi yang menarik dan cerita sederhana yang mudah dipahami oleh anak-anak. Visual ini membantu mempertahankan minat anak-anak dan memperkuat pemahaman mereka tentang cerita yang sedang mereka baca.
Tapi sebelum ajar anak membaca belek dulu tau, sebab ada jugak gambar yang cekciii sangat. Dah Jane tu orang puteh kan. Apa-apa, tapis dulu ya.
Baca juga: 5 Set Buku Untuk Ajar Anak Belajar Membaca Dengan Efektif
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Maaf mana yang kurang sebab dulu masa belajar pun fokus untuk belajar mendidik anak sekolah rendah, bila anak sendiri kita gali ilmu lebih-lebih dalam sebab nak faham semua subjek dan insyaAllah kita sama-sama belajar ya.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.