Blog

Tips Pilih Gunting yang Sesuai Mengikut Usia Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Bila anak-anak mula belajar menggunting, memang kita akan keliru nak pilih gunting yang sesuai untuk mereka. Banyak sangat jenis, saiz dan bentuk yang comel, sampai tak tahu mana satu yang paling sesuai.

Tapi jangan risau, pengalaman saya pun bermula dengan banyak trial and error sebelum jumpa gunting yang paling sesuai untuk setiap peringkat umur.

Ada beberapa jenis gunting yang perlu diperkenalkan kepada anak-anak mengikut perkembangan motor halus mereka. Salah satu yang penting adalah gunting dengan sistem “Anti Breaking System” (ABS), yang mana ia ada penyendal automatik.

Fungsinya, bila anak buat pergerakan ‘close’ masa menggunting, gunting tu akan secara automatik terbuka semula bila dilepaskan. Ini sangat membantu anak-anak kecil yang baru nak belajar kawal tangan dan jari mereka.

Sebelum terus bagi anak gunting kertas, ada baiknya kita mulakan dengan beberapa aktiviti pra gunting dulu. Saya suka buat aktiviti macam buka tutup gunting mainan sambil menyanyi, atau guna tools yang lebih mudah seperti scoopers untuk latih pergerakan tangan mereka.

Okay disini saya kongsikan tips pilih gunting ikut usia anak.

2 Tahun

3 Tahun

4 Tahun

5 Tahun

Baca juga: Senarai Alat Tulis yang Perlu Ada untuk Mulakan Homeschool

Left Handed

Jadi, memilih gunting untuk anak-anak bukan sekadar pilih yang comel, tapi perlu sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Mulakan dengan yang mudah dulu sebelum beralih ke gunting sebenar.

Pastikan mereka bersedia secara fizikal dan mental sebelum mula memegang gunting yang lebih ‘serius’. Anak-anak akan lebih enjoy bila kita gabungkan dengan aktiviti yang menyeronokkan dan pada masa yang sama mereka belajar kemahiran baru!

perkembanganmotor haluspergerakanscoopers

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis