Dalam mendidik anak, kita selalu berhadapan dengan dilema bagaimana cara terbaik untuk memberi teguran bila mereka melakukan kesilapan.
Menghukum dan mengugut mungkin memberi kesan jangka pendek, tetapi ia sering kali tidak membantu anak memahami akibat sebenar dari tindakan mereka.
Di sinilah pentingnya pendekatan yang lebih positif iaitu menggantikan hukuman dengan tindakan logik yang mendidik, membimbing dan membina sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak.
Terus Menghukum
- Kurang memberikan pengajaran tapi lebih kepada ketakutkan kepada anak
- Mengeruhkan keadaaan
- Tidak memberikan anak peluang untuk bersuara untuk menyelesaikan masalah
Tindakan Logik
- Meminta anak peluang untuk refleksi kesilapan sendiri.
- Mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak dengan lebih mengenali mereka.
- Anak belajar menyelesaikan sendiri masalah dan akan lebih ingat apa yang mereka buat berbanding hanya mendengar.
Tiada Kanak-kanak yang Jahat
- Selagi belum baligh mereka adalah ahli syurga.
- Namun kita yang dipertanggungjawabkan untuk mencorak dan membimbing anak-anak ini untuk belajar untuk tidak mengulangi kesilapan.
- Bukan terus menghukum sehingga tiada langsung ruang untuk mereka refleksi diri.
Menggantikan hukuman dengan tindakan logik adalah satu cara mendidik yang lebih efektif untuk membantu anak-anak memahami perbezaan antara yang betul dan salah.
Pendekatan ini bukan sahaja mengajar mereka bertanggungjawab, tetapi juga membina hubungan yang lebih rapat antara ibu bapa dan anak-anak kerana mereka tahu kita menyayangi dan membimbing, bukan sekadar menghukum.
Baca juga: 4 Tahap Mendidik Anak
Dengan konsisten, insyaAllah anak-anak akan belajar menjadi individu yang lebih bijak mengurus emosi dan membuat keputusan yang lebih baik.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.