Blog

Aktiviti Homeschool Bantu Anak Kuasai Tangan Dominan

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Proses anak-anak memilih tangan dominan ni sebenarnya menarik! Sebenarnya, hand dominance (dominasi tangan) ni berlaku secara semula jadi, di mana otak anak kita yang ‘tentukan’ tangan mana yang mereka lebih cenderung gunakan, bukan pilihan mereka sendiri.

Jadi, kita tak boleh paksa anak pilih guna tangan kiri atau kanan untuk menulis, melukis, dan sebagainya. Kita sebagai ibu bapa, cuma boleh bantu mereka asah kecekapan tangan dominan tu secara perlahan-lahan.

Kalau perasan, seawal umur dua tahun, anak-anak dah mula pilih salah satu tangan lebih kerap.

Sebab tu, aktiviti yang melibatkan motor halus dan motor kasar dari awal sangat penting untuk latih tangan mereka jadi kuat dan cekap.

Tak perlu aktiviti rumit pun, kita boleh buat benda simple macam:

  • Lontar dan tangkap bola
  • Main playdoh
  • Susun blok atau lego
  • Kutip batu

Benda-benda macam ni bukan saja seronok, tapi boleh bantu anak bina muscle memory. Bila tangan mereka dah biasa buat aktiviti ni, lama-lama mereka makin cekap.

Biasanya, dalam lingkungan umur 5 hingga 6 tahun, anak-anak dah ada tangan dominan yang jelas. Saya nak kongsi beberapa ujian mudah untuk kita tahu tangan mana yang dominan. Kita buat aktiviti santai, lepas tu perhati tangan mana yang anak lebih suka guna. Saya juga ada sediakan checklist kosong untuk ibu-ibu pantau perkembangan anak.

Cabut Sticker

Lacing

Menuang Ke Dalam Bekas

Dot Marker

Pengepit Baju

Mengecat Guna Berus

Mengepit Objek

Buka Tutup Zip

Baca juga: Kemahiran Motor Halus Yang Perlu Dikuasai Sebelum Menulis

Tapi walaupun kita dah tahu tangan dominan anak, jangan lupa latih tangan yang satu lagi juga. Sebabnya, dua-dua tangan masih perlu bekerjasama dalam banyak aktiviti harian.

Ini yang dipanggil Bilateral Coordination. Kalau anak cenderung guna tangan kiri, kita boleh galakkan guna tangan kanan untuk makan dan minum, ikut Sunnah.

Jadi, sambil kita ikut perkembangan anak, kita juga boleh bimbing mereka ikut cara yang sepatutnya dalam Islam.

Boleh parents yang baca ni share macam mana pula dengan anak-anak anda?

Dah tahu tangan dominan mereka? Jom cuba semak!

motor halusmotor kasarbimbingsunnah

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis