Blog

Kaedah Timer Stick Bantu Disiplin Masa Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Kadang-kadang nak pastikan anak ada rutin yang konsisten tu mencabar juga, kan? Dengan Activity Timer Stick ni, boleh bantu anak rasa lebih teratur, tapi dalam cara yang fun dan tak terasa macam ‘dipaksa.’

Setiap batang ais krim ni ada aktiviti harian mereka, jadi anak ada pilihan untuk susun sendiri hari mereka sambil ada panduan.

Langkah-langkah Nak Buat:

  1. Listkan Aktiviti Harian

Contoh: solat, baca buku, waktu screen time, kemas bilik atau main board game. Aktiviti ni boleh ikut keperluan dan minat anak.

  1. Tulis di Batang Ais Krim 

Tulis setiap aktiviti bersama durasinya. Ini akan bantu anak lebih jelas berapa lama masa yang sesuai untuk setiap aktiviti.

  1. Guna Dua Bekas 

Labelkan satu ‘Belum Siap’ dan satu lagi ‘Dah Siap’. Bila anak siap buat satu aktiviti, mereka pindahkan batang ais krim tu ke ‘Dah Siap’. Cara ni buat mereka rasa seronok sebab nampak hasil dan perkembangan harian mereka.

  1. Gunakan Timer atau Jam Digital

Letak jam di tempat aktiviti tu. Bantu anak faham konsep masa, bila mereka tengok timer, mereka lebih aware tentang pengurusan masa.

Contoh Aktiviti untuk Isi Batang Ais Krim:

  • Kemas Bilik – 10 minit
  • Sesi Membaca – 15 minit
  • Sesi Homeschool – 30 minit
  • Solat Lima Waktu – 15 minit setiap sesi
  • Board Game – 1 jam
  • Outdoor Game – fleksibel ikut keadaan

Anak boleh pilih batang ais krim mana-mana yang mereka nak buat dulu, atau ikut giliran. Konsep ni buat mereka rasa ada kawalan dan bebas pilih aktiviti, tapi masih dalam kerangka yang kita tetapkan.

Setiap kali batang ais krim tu pindah ke bekas ‘Dah Siap’, ada rasa pencapaian kecil yang buat mereka bangga dengan diri sendiri.

Antara Contoh yang Saya Aplikasikan Kepada Lais dan Qais

A. Tulis setiap aktiviti bersama durasinya di batang ais krim.

B. Sesi membaca, 15 minit, 3 kali. Jadi ada 3 batang kayu aiskrim sebegini untuk mereka habiskan 1 hari

C. Sesi screen time 1 jam, dah habis kayu batang aiskrim digunakan, maksudnya dah habis sesi untuk hari ni.

D. Asing yang mana dah siap, yang mana belum siap. Jam tu bawa semasa anak buat task

Baca juga: 10 Channel Educational Terbaik untuk Tontonan Anak-Anak

Cara Activity Timer Stick ni memang praktikal dan senang nak setup, tapi hasilnya boleh bantu anak bina rasa tanggungjawab dan pandai urus masa dari awal.

Aktiviti ni bukan sahaja untuk rutin harian tapi boleh juga buat mereka lebih disiplin, sambil tetap seronok.

Cubalah buat insyaAllah anak-anak mesti teruja!

tanggungjawabscreen timetimer stick. teknologi

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis