Kadang-kadang, bila nak bagi anak-anak tengok skrin, kita risau juga kan apa yang mereka akan tonton? Tapi sebenarnya, dengan pilihan channel yang tepat, insyaAllah screen time anak-anak boleh jadi masa yang bermanfaat.
Sekarang ada banyak channel educational yang bukan je menghiburkan, tapi juga bantu anak-anak belajar pelbagai topik menarik, seperti matematik, sains, bahasa, hingga nilai-nilai agama.
Jom saya share 10 channel educational terbaik yang sesuai untuk anak-anak kita!
1. Learn With Zakaria
Channel ni sangat sesuai untuk anak-anak yang nak belajar bahasa Arab dengan cara yang santai dan penuh warna-warni. Ada pelbagai video tentang huruf, perkataan, dan juga kisah-kisah yang berkaitan dengan agama. Seronok tengok animasi yang menarik sambil belajar.
2. Osratouna TV
Kalau nak anak-anak lebih faham tentang nilai-nilai Islam, Osratouna TVni memang sesuai. Anak-anak boleh belajar tentang doa, kisah nabi dan pengajaran-pengajaran Islam dalam bentuk video animasi yang mudah dan menarik.
3. National Geographic Kids
Kalau anak-anak suka haiwan dan alam sekitar, National Geographic Kids adalah pilihan terbaik. Video-video dia penuh dengan fakta-fakta menarik, visual yang cantik dan anak-anak boleh belajar tentang dunia sekeliling mereka dengan cara yang menyeronokkan.
4. Numberblocks
Numberblocks ni memang salah satu kegemaran anak-anak saya. Channel ni ajar asas matematik macam kiraan, tambah, tolak, semua dalam bentuk animasi nombor yang comel. Cara penyampaian sangat kreatif dan buat anak-anak seronok belajar nombor.
5. Alphablocks
Sama macam Numberblocks, tapi Alphablocks fokus pada huruf dan bunyi. Anak-anak boleh belajar cara sebut huruf dan bunyi asas sambil tengok animasi yang ceria dan penuh warna-warni.
6. Peekaboo Kids
Kalau anak suka tanya “kenapa” pasal sains, Peekaboo Kids adalah channel yang sesuai. Dengan watak Dr. Binocs, anak-anak boleh belajar pelbagai fakta sains dengan cara yang mudah difahami dan menarik.
7. Smile and Learn – English
Smile and Learn ni memang best kalau nak anak-anak improve bahasa Inggeris mereka. Ada banyak video tentang sains, sejarah, matematik, semuanya dalam bahasa Inggeris yang simple. Sambil belajar topik baru, mereka juga boleh asah skill bahasa.
8. Kesatari Sentra
Untuk yang nak anak-anak belajar tentang agama Islam dan bahasa Arab, Kesatari Sentra adalah pilihan yang bagus. Video-video dia santai dan mudah diikuti oleh anak-anak. Sesuai sangat untuk pembelajaran agama di rumah.
9. Alif dan Sofia
Alif dan Sofia bawa anak-anak ke dunia animasi yang penuh dengan pengajaran Islam. Cerita-cerita dia ajar tentang nilai-nilai murni dan akhlak, sambil anak-anak seronok tengok karakter yang comel. Satu tontonan keluarga yang tak membosankan!
10. The Bazillions
Kalau anak-anak suka muzik, The Bazillions adalah channel yang sesuai. Dengan lagu-lagu yang catchy, anak-anak boleh belajar tentang pelbagai topik macam bahasa, sains, dan macam-macam lagi. Lagu-lagu dia mudah diingat dan buat pembelajaran jadi fun!
Baca juga: Kurangkan Hadap Telefon, Tataplah Wajah Anak.
Dengan 10 channel ni, masa skrin anak-anak tak lagi kosong dan membuang masa. Sebaliknya, mereka boleh belajar banyak benda baru sambil enjoy tengok video yang menarik dan interaktif.
Tak kira sama ada nak belajar matematik, sains, atau agama,semua channel ni ada kandungan yang sesuai untuk bantu anak-anak berkembang.
So, kalau nak anak-anak tonton sesuatu yang bermanfaat, cuba explore channel-channel ni. Bukan sekadar tengok, tapi juga belajar!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.