Blog

Velcro Dots, Homeschool Supplies Yang Wajib Ada

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources
velcro dots

Kalau ada satu benda yang memang tak menyesal beli untuk homeschool, mestilah Velcro Dots. Serius, benda ni boleh buat aktiviti anak-anak jadi lebih interaktif dan seronok. Anak-anak memang suka sangat cabut-tampal balik dan bonusnya, benda ni boleh digunakan berulang kali tanpa rosak.

Velcro Dots ni juga mudah digunakan untuk pelbagai bahan bantu belajar. Contohnya, bila laminate bahan pembelajaran, velcro dots ni terus boleh tampal.

Dengan gam adhesive yang kuat, tak perlu risau bila tertanggal, malah boleh tahan lama sampai ke anak seterusnya! Memang satu pelaburan yang berbaloi, sesuai untuk keluarga homeschooling yang banyak guna bahan printable.

Benda ni datang berpasangan, ada bahagian hook (kasar) dan loop (lembut). Warna dia pun ada macam-macam, tapi kalau nak senang match, saya selalu pilih yang putih atau transparent.

Cara Guna Velcro Dots:

  1. Pastikan permukaan bersih dan kering.
  2. Tampal bahagian loop (lembut) pada printable yang nak dilekatkan.
  3. Tekan kuat supaya dia betul-betul melekat.
  4. Ulang langkah sama untuk bahagian hook (kasar) dan tampal di tempat yang sesuai.
  5. Siap, dah boleh mula aktiviti cabut dan tampal.

Dengan penggunaan Velcro Dots ni, aktiviti pembelajaran di rumah bukan saja jadi lebih praktikal tapi juga lebih menyeronokkan untuk anak-anak.

Ini antara aktiviti yang Lais dan Qais buat menggunakan Velcro Dots:

Train Counting Mat

Healthy Teeth Sort

Animal puzzle

Fire Safety Positional Words

Baca juga:18 Sensory Materials Yang Sesuai Untuk Anak

Selain membantu mereka belajar secara hands-on, menguatkan kemahiran motor halus dan memberi peluang untuk mengulang-ulang aktiviti tanpa risau bahan cepat rosak. Paling best, bahan pembelajaran jadi lebih tahan lama dan boleh diwariskan pada adik-adik yang lain.

So, kalau nak invest dalam alat bantu homeschool, Velcro Dots memang pilihan yang sangat berbaloi. Bukan saja mudah digunakan, tapi fleksibel untuk pelbagai aktiviti.

Jangan risau, harganya pun tak mahal dan banyak pilihan dekat Shopee atau kedai alat tulis. Cuba guna untuk aktiviti seterusnya dan tengok macam mana anak-anak seronok belajar sambil bermain!

 

pelaburanfleksibelpraktikaltahan lama

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis