Blog

Bila Anak Mula Teroka Dunia Coding

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Setiap anak ada minat berbeza dan untuk anak kedua saya, minat tu adalah coding. Walaupun dia masih beginner dan saya limit screen time dia, saya perasan coding ni jadi satu aktiviti yang sangat meaningful untuk dia. 

Coding ni mungkin nampak macam main-main, tapi sebenarnya ada banyak nilai yang dia boleh belajar darinya, walaupun dalam masa yang singkat.

Pengenalan kepada Scratch Junior

Sebenarnya, journey dia bermula dengan Scratch Junior, aplikasi yang sangat basic, sesuai untuk kanak-kanak kecil. Saya perasan dia seronok sangat guna Scratch Junior sebab dia boleh ‘drag and drop’ blok-blok untuk buat objek bergerak.

Pada tahap ni, dia explore coding dengan cara paling asas dan saya nampak dia sangat enjoy cipta animasi simple yang bergerak mengikut arahan dia sendiri.

Tapi lama-kelamaan, saya nampak dia semakin mahir dan curious nak buat lebih lagi.

Peralihan ke Scratch yang Lebih Mencabar

Satu hari, saya perkenalkan dia kepada Scratch, versi yang lebih advance daripada Scratch Junior. Dia excited sebab Scratch ni bagi dia lebih banyak tools untuk explore.

Walaupun dia masih beginner, dia mula belajar asas coding dengan lebih mendalam.

Dengan Scratch, dia boleh buat karakter bergerak, tambah suara dan cipta animasi sendiri dengan cara yang lebih kompleks berbanding Scratch Junior.

Dari situ, saya nampak dia semakin serius explore dunia coding ni.

Disebabkan dia masih baru dengan Scratch, progress dia memang perlahan. Kadang-kadang, dia cuma cuba buat objek bergerak kiri dan kanan, atau explore macam mana nak buat bunyi bila karakter bergerak. Tapi bagi dia, setiap langkah tu adalah satu kejayaan.

Saya masih ingat muka excited dia setiap kali animasi dia jadi seperti yang dia nak. Saya belajar untuk tak expect terlalu tinggi, sebaliknya, saya biarkan dia belajar ikut pace sendiri, dan celebrate setiap kali dia capai sesuatu yang baru, walaupun nampak kecil.

Dalam Scratch, saya mula nampak coding ni sebenarnya satu bentuk kreativiti juga untuk dia. Setiap kali dia coding, dia tak sekadar ‘ikut arahan’ tapi dia reka dunia dan cerita dia sendiri. Pernah satu kali, dia buat animasi kereta yang bergerak atas litar lumba yang dia lukis sendiri. 

Dia excited sangat tunjuk pada saya sambil cerita pasal kereta tu,  jenis kereta, berapa laju dia boleh pergi dan halangan-halangan yang kereta tu kena lalui di atas litar. Coding ni bagi dia peluang untuk express diri dan jadikan imaginasi secara real. 

Coding Sebagai Bentuk Kreativiti

Dalam proses belajar coding ni, dia mula tanya banyak soalan yang buat saya tersenyum.

“Macam mana nak buat kereta ni gerak 200 km/h?” atau “Kenapa bila saya buat coding ni, kereta tu tak laju macam yang saya nak?” 

Saya nampak rasa ingin tahu dia semakin mendalam. Coding ni ajar dia untuk berfikir secara kritis iaitu cari penyelesaian bila ada error dan belajar konsep ‘cause and effect’ dengan lebih jelas.

Bila dia tanya soalan-soalan ni, saya cuba explain konsep-konsep asas coding dengan cara yang simple, supaya dia nampak logik di sebalik setiap action.

Walaupun dia mungkin belum faham sepenuhnya, saya nampak curiosity dia berkembang setiap kali dia explore coding lebih jauh.

Satu benda yang saya sangat jaga dalam journey dia ni adalah screen time. Saya memang limit screen time dia, sebab tak nak dia terlalu bergantung pada skrin untuk belajar atau berseronok.

Jadi, setiap kali dia ada ‘masa coding,’ saya akan pastikan ia jadi sesi yang produktif dan meaningful. 

Selalunya, sebelum dia mula coding, saya encourage dia untuk sketch idea dia dalam buku dulu. Contohnya, kalau dia ada idea nak buat game, saya minta dia lukis dulu konsep game tu di atas kertas.

Dengan cara ni, bila masa coding tu tiba, dia dah ada plan dalam kepala dan boleh teruskan dengan lebih fokus. Saya tengok dia jadi lebih efisien dalam masa singkat yang ada.

Meraikan Setiap Pencapaian Kecil

Setiap kali dia berjaya buat sesuatu yang baru, walaupun kecil, kami celebrate sama-sama. Saya tak pernah pandang rendah achievement dia walaupun hanya berjaya buat animasi simple bergerak bila tekan spacebar.

Saya puji usaha dia sebab saya nak dia tahu yang setiap langkah kecil tu ada nilainya.

Dalam dunia homeschool ni, kita ada ruang untuk appreciate setiap langkah kecil yang anak-anak buat. Bila kita tunjukkan yang kita support minat mereka, mereka jadi lebih yakin untuk teruskan dan belajar lebih mendalam.

Baca juga: Kepentingan Dedahkan Anak Dengan Outdoor Activities and Play

Bagi saya, homeschool ni lebih dari sekadar ajar subjek akademik. Inilah peluang untuk saya nurture minat dia dengan cara yang sesuai, walaupun dalam limit masa yang ada.

Homeschool bagi saya adalah peluang untuk anak-anak explore dunia ikut cara mereka dan sebagai parents, tugas kita adalah untuk jadi ‘teman belajar’ dalam journey mereka, sentiasa ada untuk beri dorongan dan sokongan.

homeschoolcodingexploreminat

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis