Blog

Kepentingan Dedahkan Anak Dengan Outdoor Activities and Play

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
play

Walaupun seringkali banyak nampak perkongsiaan saya di social media cenderung kepada indoor play and activities itu tak bermakna saya kurang ajak anak buat outdoor.

Bila aktiviti luar, saya banyak beri kebebasan mereka untuk bermain dan meneroka.

Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberikan perhatian iaitu masa, ruang, dan kebebasan untuk menyokong aktiviti luar anak-anak.

Dengan memberi mereka peluang untuk bermain, meneroka, dan berinteraksi dengan alam, kita bukan sahaja membantu mereka membangunkan kemahiran motor, tetapi juga membentuk karakter yang lebih positif dan kreatif.

Melalui artikel ini, saya ingin mengupas lebih lanjut tentang kepentingan permainan luar dan manfaatnya terhadap perkembangan kanak-kanak, serta menggalakkan ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka merasai keindahan dan keunikan dunia luar.

Manfaat Fizikal Aktiviti Luar

Bila kita sokong anak, mereka boleh bebas berlari, melompat, memanjat, bergolek, berguling, berkejar-kejaran dan macam-macam lagi. Percayalah, dengan ini mereka dapat berfikir lebih bijak, kreatif dan di luar kotak. Paling penting boleh rangsang kemahiran motor mereka juga.

Macam kita kecil dulu juga, kalau dah pijak tanah, nak naik rumah berat hati sangat kan? Main tepi sungai, berkaki ayam, comot sini sana. Tak sabar nak tunggu hari esok nak main lagi dekat luar rumah. Ini kerana memang keperluan kanak-kanak untuk mendapat cahaya matahari dan menikmati udara segar.

Vitamin D: Kebaikan Cahaya Matahari untuk Kesihatan Anak

Sinaran cahaya matahari adalah sumber terbaik untuk vitamin D. Kajian daripada American Academy of Pediatrics juga turut menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak masa sekarang tidak mendapat vitamin D yang mencukupi.

Ini boleh menyebabkan masalah pada tulang kanak-kanak, masalah diabetes dan penyakit jantung. Kesian mereka! Sebab itu semalam saya ada kongsikan salah satu keperluan anak ialah cahaya matahari.

Sebab cahaya matahari ini boleh bantuk badan anak hasilkan hormone serotonin dalam badan mereka, jadi mereka akan menjadi gembira dan ini sangat membantu perubahan sikap anak supaya lebih baik dan positif.

Menggalakkan Sistem Imun

Dari kecil, lepaskan mereka dari stroller, bagi mereka bebas di luar dan rangsang deria mereka. Bagi mereka sentuh rumput, batu, ranting kayu mahupun dedaun. Sesekali biarkan saja mereka comot bermain lecah dan lumpur ataupun kebasahan mandi hujan.

Ini kerana, salah satu sebab mengapa ibu bapa tidak mahu anak bermain di luar adalah disebebabkan kekotoran yang ada di luar rumah. Tapi sebenarnya, bagi saya, kanak-kanak perlu terdedah kepada kekotoran dan kuman supaya membantu sistem imun tubuh mereka berkembang dengan baik.

Biarkan saja anak bermain dengan alam. Anak yang membesar tanpa kenal awan, langit, batu, rumput, pasir tapi pandai bermain gajet bukan seseuatu yang membanggakan.

Tapi mereka tidak akan menikmati waktu kecil yang menyeronokkan. Lagi, saya kesian dekat mereka! Aktiviti Outdoor ini juga dapatkan kuatkan otot dan tubuh mereka. Mereka juga boleh salurkan tenaga mereka yang ‘tak pernah habis’. Bila tenaga ini disalurkan dengan betul, barulah malam itu mereka boleh tidur awal kan?

Semasa Outdoor Play, saya dan suami suka perhatikan saja, untuk tujuan keselamatan mereka sambil kawal seperti pastikan pagar selalu bertutup dan kawasan yang mereka main jauh dari sebarang bahaya.

Tapi tak perlu halang dan menyekat setiap pergerakan mereka, sebab anak juga perlu belajar mengalami sendiri ‘cause and effect’ dari tindakan mereka.

Tak perlu risau jatuh rebah mereka, sebab inilah yang menjadikan pengalaman berharga buat mereka.

Baca juga: Sesuai Ke Homeschool untuk Keluarga yang Suka Travel?

play

Membangunkan Kemahiran Sosial dan Interaksi 

Dengan bermain inilah anak-anak dapat berinteraksi dengan dunia disekeling mereka. Mereka pun akan lebih peka kepada dunia persekitaran dengan menghargai keindahan alam semulajadi, mendengar bunyi-bunyian kehidupan alam, merasa menyentuh pelbagai tekstur. Semua ini sangat penting untuk perkembangan sensori mereka.

Ada kajian dari dua orang pakar psikologi persekitaran di Universiti Cornell yang menyatakan anak-anak yang membesar dengan dikelilingi alam sekitar adalah faktor signifikasi kepada kesihatan emosi dan mental mereka.

Dengan bermain di luar, mereka juga dapat menikmati kehijauan alam, sekali gus menghilangkan tekanan mereka apabila asyik terperap di dalam rumah. Bukan kita saja boleh stress, anak juga boleh stress kalau terperuk dalam rumah lama-lama.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua insyaAllah.

 

aktiviti luarcahaya mataharisistem imunvitamin D

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis