Blog

Perjalanan Anak-Anak Homeschool Mengatasi Rasa Takut Gagal

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Salah satu kelebihan homeschooling yang sering terlepas pandang adalah bagaimana ia membantu anak-anak mengatasi rasa takut gagal.

Dalam persekitaran yang lebih santai dan fleksibel, anak-anak boleh belajar tanpa perlu risau tentang ujian besar, markah atau takut mendapat kritikan.

Tapi, mereka ada kebebasan untuk buat silap dan belajar dari kesilapan tu, paling penting tanpa rasa malu atau tekanan.

Dalam homeschooling, kesilapan dilihat sebagai peluang untuk belajar. Kita tak perlu kejar silibus atau ikut jadual ketat macam sekolah biasa, jadi kalau anak-anak tersalah buat latihan atau tak faham sesuatu konsep, kita boleh ulang semula dengan tenang.

Tiada tekanan untuk jadi sempurna. Ini membuka ruang untuk anak-anak lebih berani mencuba dan bereksperimen dalam pelajaran.

Saya selalu ingatkan anak-anak, kesilapan tu bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Bila mereka buat salah, itu petunjuk untuk kita sama-sama faham apa yang tak kena dan bagaimana nak baiki.

Tak ada rasa malu atau kecewa yang berlebihan, sebab kita tak ada orang lain untuk dibandingkan. Pembelajaran mereka adalah perjalanan mereka sendiri, bukan perlumbaan dengan sesiapa.

Sokongan Tanpa Tekanan

Homeschool memberi ruang kepada anak-anak untuk belajar tanpa takut gagal kerana kita sebagai ibu bapa sentiasa ada di samping mereka.

Kita boleh bantu mereka memperbaiki kesilapan tanpa ada tekanan markah rendah atau pandangan orang luar. Kalau tak faham hari ni, tak apa, insyaAllah esok kita cuba lagi. 

Anak-anak homeschool belajar bahawa kesilapan bukanlah penanda aras kebolehan mereka.

Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Gagal tu biasa, tapi yang penting adalah bagaimana mereka bangkit semula dan terus mencuba.

Dan dalam suasana yang penuh sokongan dan kasih sayang ni, mereka mula membina keyakinan diri yang kuat.

Apa yang saya sedar, bila anak-anak diberi ruang untuk buat silap tanpa takut, mereka mula menikmati proses pembelajaran dengan lebih mendalam.

Mereka jadi lebih kreatif, lebih berani untuk mencuba benda baru, dan lebih yakin dengan diri sendiri.

Dalam homeschool, mereka tak belajar untuk mengelak kesilapan, tapi belajar bagaimana untuk belajar dari kesilapan. Dan inilah kemahiran hidup yang paling penting, keupayaan untuk terus mencuba walaupun gagal.

Baca juga: Tips Jadikan Homeschool Lebih Mudah

Jadi, homeschool bukan hanya tentang belajar akademik.

Tapi juga tentang membina keberanian dalam diri anak-anak untuk menghadapi kegagalan dengan tenang dan terus maju.

Tanpa tekanan untuk jadi sempurna, mereka boleh belajar dalam persekitaran yang selamat, di mana kesilapan bukanlah sesuatu yang ditakuti, tapi sesuatu yang diraikan sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka menuju kejayaan.

 

homeschooltakutsantaifleksibel

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis