Bagi keluarga jenis yang suka travel, jangan risau, homeschool sebenarnya sangat fleksibel dan sesuai untuk keluarga yang suka explore dunia! Tak semestinya kena stay kat rumah je untuk homeschool.
Malah, travel boleh jadi peluang besar untuk anak-anak belajar banyak perkara baharu. Kali ni saya share mana nak buat homeschool jadi best untuk keluarga yang suka travel macam kami.
1. Bawa Pembelajaran ke Mana-Mana
Salah satu kelebihan homeschool ialah kita boleh bawa pembelajaran ke mana-mana. Sama ada korang tengah road trip dalam negara atau worldschoolingl ke luar negara, anak-anak boleh terus belajar. Bawa bahan belajar yang ringan macam tablet, buku-buku kecil atau printable worksheets yang senang dibawa ke mana-mana.
2. Gunakan Dunia Luar sebagai Kelas
Travel ni sebenarnya peluang terbaik untuk anak-anak belajar secara hands-on. Contohnya, kalau kita bawa anak pergi muzium, zoo atau tempat sejarah, anak-anak boleh belajar terus dari situ. Belajar tentang haiwan di zoo, sejarah di tempat-tempat bersejarah atau geografi bila pergi ke kawasan pergunungan atau pantai. Pembelajaran jadi lebih real bila mereka dapat experience sendiri.
3. Manfaatkan Teknologi
Dalam zaman sekarang, banyak bahan belajar boleh diakses online. Gunakan apps atau website pendidikan untuk teruskan pembelajaran anak-anak walaupun tengah travel. Ada banyak sumber yang interaktif dan menarik yang boleh bantu anak-anak stay on track dengan pelajaran mereka. Contohnya seperti aplikasi ini.
4. Fleksibiliti Jadual
Salah satu perkara best pasal homeschool ialah fleksibiliti jadual. Bila travel, korang boleh adjust jadual belajar ikut keperluan. Tak semestinya kena belajar pagi-pagi je, tapi boleh buat aktiviti belajar waktu petang lepas balik dari sightseeing atau buat sesi belajar yang singkat sahaja sepanjang hari.
5. Dokumentasi Perjalanan sebagai Projek
Jadikan perjalanan sebagai satu projek homeschool. Anak-anak boleh buat jurnal perjalanan, rekod apa yang mereka belajar setiap hari, ambil gambar dan buat scrapbook bila balik nanti. Ini bukan je bantu mereka ingat apa yang mereka pelajari, tapi juga develop kemahiran menulis dan kreativiti mereka.
6. Interaksi dengan Budaya Lain
Travel juga beri peluang anak-anak berinteraksi dengan budaya dan bahasa yang berbeza. Mereka boleh belajar tentang adat resam, makanan dan cara hidup orang di tempat lain. Ini dapat membuka minda mereka dan ajar mereka tentang kepelbagaian dunia. Satu pengalaman yang tak boleh dapat dalam bilik darjah biasa.
7. Ambil Masa untuk Rehat
Ingat, homeschool dan travel tak semestinya kena belajar sepanjang masa. Bagi ruang untuk anak-anak (dan diri sendiri) rehat dan enjoy perjalanan. Belajar tak semestinya formal, tapi mereka juga boleh belajar dari pengalaman seharian, macam cara berinteraksi dengan orang baru, urus masa dan adapt dengan persekitaran yang berbeza.
Baca juga: Cerita Best Homeschooling
Dengan homeschool yang fleksibel, travel boleh jadi satu perjalanan pembelajaran yang luar biasa untuk anak-anak. So, kalau korang sejenis yang suka travel, jangan takut nak gabungkan homeschool dengan passion tu. Dunia yang Allah jadikan ni luas dan ada banyak yang boleh anak-anak kita belajar di luar sana!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.