Aktiviti ‘Dino Frozen Egg’ ni memang sangat menarik untuk anak-anak yang suka benda mencabar dan penuh kejutan. Bayangkan mereka dapat “temui” dinosaur yang “tersembunyi” dalam ais!
Selain seronok, aktiviti ni juga bagus untuk merangsang minat anak-anak terhadap sains, sambil belajar tentang konsep asas seperti suhu, pencairan dan eksplorasi.
Cara-Cara:
1. Pilih mainan dinosour kecil dan masukkan dalam belon. Isi belon dengan air dan ikat kemas.
2. Letak belon yang berisi dinosaur dalam freezer dan bekukan semalaman hingga menjadi ais.
3. Keluarkan belon dari freezer, potong hujung belon dengan hati-hati dan keluarkan ais berbentuk ‘telur’ dengan dino di dalamnya.
4. Ajak anak-anak untuk mencairkan ais dan “menyelamatkan” dinosaur. Boleh guna air suam, alat pemukul kecil atau biarkan saja ais mencair secara perlahan.
Lihat sini: Video Misi Menyelamatkan Dinosur
Kelebihan Aktiviti
Melatih Kesabaran
Anak-anak perlu sabar dan berhati-hati untuk ‘mengeluarkan’ dinosaur.
Eksplorasi Sains
Mereka dapat melihat bagaimana ais mencair menjadi air, sesuai untuk pengenalan konsep perubahan suhu.
Merangsang Kreativiti dan Imanjinasi
Aktiviti ni seolah-olah membawa mereka ke zaman dinosaur dan membuatkan mereka rasa seperti ahli arkeologi muda yang mencari fosil!
Baca juga: Eksperimen Sains Magical Milk Experiment
Aktiviti ‘Dino Frozen Egg’ ni memang mudah dan menarik, sesuai untuk homeschooling atau aktiviti hujung minggu yang santai. Dengan cara yang simple, anak-anak boleh seronok sambil belajar konsep sains dalam suasana yang menyeronokkan.
Selain itu, aktiviti ni sangat sesuai untuk spark minat anak-anak dalam bidang sains sambil create bonding moments yang bermakna bersama.
Selamat mencuba!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.