STEM ni sebenarnya singkatan untuk Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik. Konsepnya lebih kepada hands-on learning, di mana anak-anak boleh belajar melalui eksperimen dan aktiviti yang menarik.
Aktiviti STEM ni bukan saja mengasah kreativiti, tapi juga menggalakkan critical thinking dan problem-solving skills.
Aktiviti STEM: Mini Catapult
Untuk aktiviti STEM kali ini, kita akan buat Mini Catapult Dengan buat aktiviti macam Mini Catapult ni, anak-anak bukan sekadar bermain tapi mereka belajar tentang konsep asas dalam fizik macam mana daya dan tekanan boleh menggerakkan objek.
Bahan-bahan yang Diperlukan
Bahan-bahan yang diperlukan senang je nak dapat. Kita perlukan batang aiskrim warna-warni, getah, satu sudu plastik dan bola pingpong atau pom-pom kecil.
Ini je! Bahan-bahan ni mungkin dah ada kat rumah, atau boleh dapatkan kat kedai DIY dengan harga murah.
Langkah-langkah Membuat Mini Catapult
Mula-mula, kita susun batang aiskrim jadi bentuk ‘t’—letak dua batang sebagai base dan satu batang melintang di atas. Ikatkan dengan getah gelang kat bahagian tengah untuk pastikan semua batang ni kukuh dan tak bergerak.
Pastikan ikatan tu ketat supaya catapult ni boleh tahan ‘kuasa’ nanti. Kemudian, ambil sudu plastik dan lekatkan kat batang melintang tadi. Sudu ni lah nanti akan jadi tempat letak bola atau pom-pom sebelum kita ‘launch’ kan dia.
Sekarang, dah tiba masa paling fun. Cuba test catapult kita! Letakkan bola kecil kat sudu, tekan hujung sudu ke bawah dan lepaskan.
Tengok bola tu melantun ke udara! Kalau bola tu tak pergi jauh, cuba adjust lagi.
Mungkin kena ikat lebih ketat atau tambahkan lagi batang aiskrim untuk kukuhkan base. Sambil anak-anak main dan test, mereka akan dapat lihat bagaimana kekuatan dan sudut yang berbeza boleh mengubah jarak dan arah bola terbang.
Ini semua tentang konsep force dan motion, tapi dalam bentuk yang lebih santai dan mudah faham.
Untuk tambah lagi keseronokan, boleh buat cabaran. Sediakan beberapa cawan kertas dan labelkan dengan nombor yang berbeza. Letakkan cawan ni dalam jarak yang berbeza dan cuba ‘tembak’ bola masuk ke dalam cawan.
Setiap cawan ada markah, jadi boleh buat mini competition. Siapa dapat paling banyak markah!
Baca juga: 7 Aktiviti Sains Menarik untuk Explore Daya Penglihatan Anak
Pembelajaran Sains dan Teknologi yang Santai dan Engaging
Aktiviti ni bukan je melibatkan sains, tapi juga matematik bila mereka mula kira markah sendiri. Dalam tak sedar, mereka belajar lebih banyak dari yang kita jangka.
Inilah seronoknya aktiviti STEM kat rumah. Simple, low cost, tapi sangat engaging dan penuh dengan pembelajaran.
Nak tanam minat anak-anak dalam sains dan teknologi tak perlu pun tunggu sampai mereka besar. Dengan aktiviti macam ni, kita dah mula buka mata mereka pada dunia sains secara santai dan menyeronokkan.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.