Blog

Homeschool Bukan Maraton Tanpa Henti

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool
homeschool

Dalam dunia homeschool, kadang-kadang kita rasa macam tak pernah cukup masa. Bangun pagi, siapkan sarapan, mulakan sesi belajar, habiskan kerja rumah dan ulang lagi esoknya. Tapi, ingatlah, homeschool bukan maraton tanpa henti.

Kita tak perlu sentiasa laju atau tekan gas sampai maksimum setiap masa. Seperti larian maraton, homeschool memerlukan stamina dan kekuatan mental. Jadi. untuk kekal bertenaga, kita kena ada masa rehat!

Kenapa Penting Ambil Masa untuk Rehat?

 Ada kalanya kita terlalu fokus nak selesaikan silibus, nak pastikan anak-anak catch up dengan pelajaran, sampai kita lupa satu perkara penting iaitu diri kita sendiri. Bila kita terlalu push diri sampai penat, kita pun jadi mudah rasa tertekan, mudah naik angin dan anak-anak pun boleh rasa vibe kita yang negatif tu.

Kalau homeschool jadi sesuatu yang stress, percayalah anak-anak pun takkan rasa seronok nak belajar.

Jadi Nak Buat Macam Mana?

1.Rancang ‘Break’ dalam Jadual Harian

Tak semestinya break panjang, kadang-kadang lima belas minit pun dah cukup. Lepas sesi belajar yang berat, ambil masa untuk rileks kejap. Biar anak-anak main sekejap, buat aktiviti yang mereka suka dan kita pun boleh ‘curi’ masa rehat untuk refresh minda.

2. Ambil Hari ‘Off’ Bila Perlu

Tak ada salahnya kalau kita ambil hari cuti di tengah minggu. Kalau rasa semua orang letih, mungkin boleh buat aktiviti ringan saja hari tu. Baca buku kegemaran, main board game atau buat aktiviti DIY yang santai. Yang penting, kita tak terbeban nak follow jadual ketat.

3. Ingat, Kita Bukan Superhuman

Ada hari di mana kita rasa tak mampu nak buat semuanya. Tak apa. Buat apa yang termampu dan jangan rasa bersalah kalau ada yang tertangguh. Anak-anak homeschool lebih perlukan ibu bapa yang tenang dan bertenaga berbanding ibu bapa yang sentiasa tertekan nak siapkan semua perkara.

4. Cari Masa ‘Me Time’ untuk Recharge

Jangan lupa, kita pun perlukan masa untuk diri sendiri. Bila anak-anak tidur, ambil masa untuk buat perkara yang kita suka. Mungkin baca buku, scroll media sosial kejap atau buat aktiviti yang boleh buat kita happy. Lagi kita gembira, lagi mudah untuk kita urus homeschool dengan senyuman.

Baca juga: Tips Jadikan Homeschool Lebih Mudah

homeschool

Homeschool adalah satu perjalanan yang panjang dan memerlukan komitmen, tapi tak perlu jadi tekanan yang membebankan. Dengan mengambil masa untuk berehat dan recharge, kita boleh nikmati setiap detik homeschool bersama anak-anak dengan lebih ikhlas dan tenang.

Ingat, homeschool bukan tentang siapa cepat habis dulu, tapi tentang menikmati proses belajar yang bermakna bersama anak-anak. Slow down, breathe and enjoy the journey! 😊

homeschooljadual hariansuperhumanme time

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis