Teringat masa zaman sekolah dulu, bila cikgu kata nak buat eksperimen, mesti kita jadi teruja. Tak sabar nak tahu hasilnya, nak lihat apa yang akan berlaku dan akhirnya buat kesimpulan dari apa yang dipelajari.
Kanak-kanak pada usia awal pun ada rasa ingin tahu yang sama. Mereka sentiasa ingin explore dan fahami dunia di sekeliling mereka.
Eksperimen dalam pendidikan sains bukan hanya untuk di sekolah menengah. Tetapi juga sangat penting untuk didedahkan kepada anak-anak dari usia awal.
Eksperimen ringkas bukan sahaja membantu mereka memahami alam sekitar dengan lebih baik, tetapi juga merangsang kemahiran berfikir secara kritis.
Aktiviti hands-on memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar melalui pemerhatian, sentuhan dan rasa, yang membantu mereka membina pemahaman saintifik dari kecil lagi.
Selain itu, eksperimen juga boleh jadi cara terbaik untuk mengajar anak-anak konsep-konsep baru seperti graviti, warna dan bagaimana benda-benda berinteraksi antara satu sama lain. Ini semua dapat dilakukan dengan aktiviti yang menyeronokkan, mudah dan selamat di rumah.
Jadi, di sini saya senaraikan beberapa eksperimen mudah yang sesuai untuk anak-anak berusia 4 hingga 5 tahun
Aktiviti ini diambil dari buku teks dan makmal dari Pakej Awal Sains Prasekolah Tahap 1 yang diterbitkan oleh Awal School – Education Anytime, Anywhere.
Buku ni memang saya gunakan untuk homeschooling kerana pendekatannya yang sesuai untuk anak-anak prasekolah dan memenuhi garis panduan pembelajaran sains.
Kenapa saya suka buku ini:
- Ia selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan serta diiktiraf secara antarabangsa.
- Aktiviti yang sistematik dan mudah untuk ibu bapa atau guru laksanakan di rumah.
- Penggunaan pendekatan eksperimen yang menyeronokkan dan mampu memupuk kemahiran saintifik pada anak-anak.
Baca juga: 6 Cara Mudah Memperkenalkan Konsep Sains untuk Anak Kecil
Belajar Melalui Permainan dan Eksperimen
Dengan buku ini, setiap mak ayah boleh bimbing anak untuk lakukan eksperimen mudah di rumah. Hasil ujikaji boleh disimpan dalam portfolio homeschooling anak sebagai rekod pembelajaran—termasuk gambar, nota, atau video.
Jadi, mudah saja sebenarnya untuk kita mulakan eksperimen sains di rumah dengan anak-anak. Bermain sambil belajar melalui ujikaji ringkas bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu anak-anak memahami dunia sekitar dengan lebih baik.
Semoga senarai ujikaji ini bermanfaat buat semua ibu bapa yang sedang mencari cara untuk melibatkan anak-anak dalam pembelajaran sains awal!
Kalau ada ibu bapa yang nak saya kongsikan lebih banyak eksperimen untuk anak-anak berusia 5-6 tahun, atau ada cadangan ujikaji lain, boleh komen ya. Selamat mencuba!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.