Anak lelaki sering dilabel degil, keras kepala dan susah dengar kata. Sedikit silap, kita mudah anggap mereka sengaja melawan.
Hakikatnya, mereka bukan tidak mahu mendengar arahan. Mereka cuma perlukan cara yang betul untuk didekati.
Apabila pendekatan kita tidak sesuai, yang terjejas bukan arahan semata mata, tetapi hubungan.
Tulisan ini bukan untuk menjadikan kita ibu bapa yang sempurna.
Ia sekadar perkongsian cara lembut tetapi berkesan dalam mendidik tanpa jeritan, tanpa ugutan dan tanpa menjatuhkan maruah mereka.
Ini kerana anak lelaki yang dibesarkan dengan rahmah, akan membesar menjadi lelaki yang memimpin dengan hati.
Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang membantu anak lelaki lebih mudah mendengar
Beri Pilihan Dalam Batas
Anak lelaki suka rasa ‘ada kuasa’. Kita bagi pilihan, tapi dalam sempadan yang kita tetapkan.
Contoh:
“Abang nak mandi sekarang atau lepas azan Zohor nanti?”
Sebagai ibu bapa, Allah SWT pun beri kita pilihan, tapi semua dalam hududullah.
Anak lelaki ni fitrah dia nak jadi leader. Bila kita bagi ruang buat keputusan, dia rasa dihormati. Tapi kita tetap ada sempadan, jadi ‘win-win situation.’
Pre-Warning
Anak lelaki susah adapt kalau disuruh secara mengejut.
Contoh:
“Lagi 3 minit kita tutup laptop ya, lepas tu siap-siap nak main bola pula”
Anak lelaki ni otak dia perlu masa proses peralihan. Bila dia dah ready, dia kurang melawan.
Dalam solat pun ada iqamah sebagai ‘pre-warning’. Ajar kita bagi ‘signal’ sebelum mula, supaya hati bersedia.
Mata Bertemu Mata
Jangan panggil anak sambil mata masih dekat phone. Bila kita tak beri mata, anak tak beri telinga.
Contoh:
Jalan rapat. Tunduk ikut paras mata. Letak tangan lembut di bahunya dan cakap perlahan “Mama nak adik kemas tempat tidur sekarang, boleh?”
Bila mata bertemu mata, mesej sampai ke hati. Anak lebih terbuka bila dia rasa dilihat dan difahami.
Satu Arahan Satu Masa
Otak Anak Lelaki Perlu Masa Untuk Proses
Contoh:
“Abang, tolong mama tutup tingkap dulu ya.” (Tunggu dia buat. PUJI walaupun simple.)
“Alhamdulillah rajin anak mama. Sekarang tolong Mama simpan baju dalam almari pula.”
Apabila satu-satu arahan diberi, anak lelaki rasa dia mampu buat, dia tak rasa gagal.
Dekatkan Diri
Anak lelaki susah nak ikut arahan bila rasa jauh dari kita. Mereka lebih responsive bila “emotional tank” penuh iaitu rasa disayangi, dihargai dan dihormati.
Contoh:
Peluk anak dulu sebelum minta dia buat kerja. “Mama rindu la kat abang hari ni. Boleh tolong mama sapu ruang tamu kejap?”
Bila anak rasa rapat dengan kita, arahan tak rasa macam beban, tapi rasa macam satu kepercayaan.
Validasi dulu Baru Arah
Anak lelaki nak rasa difahami sebelum disuruh.
Contoh:
“Mama tahu adik tengah seronok main tapi sekarang masa makan malam ya.”
Bila anak rasa emosi dia dihormati, dia lebih terbuka terima arahan.
Rasulullah SAW tak pernah terus marah. Baginda faham dulu keadaan, baru beri nasihat. Itu sunnah mendidik dengan rahmah sebelum teguran.
Leadership Role
Anak lelaki ada fitrah kepimpinan dalam diri dia. Kalau kita asyik arah itu ini, dia akan rasa macam robot bukan pemimpin.
Contoh:
“Abang boleh tolong check dan ingatkan semua orang pasal masa solat. Boleh jadi timekeeper mama?”
Bila kita beri peranan penting,
anak rasa dia ada nilai. Dia akan lebih bertanggungjawab dan dalam masa sama dia belajar memimpin dengan empati, bukan dengan dominasi.
Doa Yang Didengar
Bukan hanya ganjaran material, tapi pujian spiritual yang dekatkan dia dengan Allah.
Contoh:
“Mama selalu doa Allah sayang abang sebab abang selalu dengar cakap Mama.”
Doa yang disebut kuat-kuat buat anak rasa bangga dan bersemangat nak jadi lebih baik. Bukan sebab takut mak marah, tapi sebab nak Allah redha.
Tegur Tapi Jaga Maruah
Anak lelaki sensitif bila ditegur depan orang lain especially bila makin besar.
Contoh:
“Mama nak cakap sikit pasal tadi, boleh kita cakap kejap kat bilik?”
Bila kita jaga maruah, anak rasa dihormati bukan diperlekeh.
Anak rasa selamat secara emosi, baru dia sedia nak dengar nasihat kita
Baca Juga: Macam Mana Nak Didik Anak Lelaki?
Doa Dalam Bisikan
Anak lelaki bukan keras kepala, tapi mereka akan mudah tenang jika ada belaian rohani.
Contoh:
Peluk, bisik doa. Anak tak balas, tak apa. Tapi hati dia dengar. Doa tu akan jadi suara dalam hati dia nanti, bila dia besar.
Ingat, doa ibu tiada hijab. Bila kita bimbing anak dengan zikrullah, itu bukan kelemahan tapi itu senjata mukminah.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.