Blog

15 Kemahiran Asas untuk Anak Usia 7Hingga 9 Tahun

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Ada anak berusia antara 7 hingga 9 tahun, tapi tak tahu apa perkara basic yang mereka perlu belajar pada usia ni?

Jadi hari ini, saya nak share 15 pembelajaran dan kemahiran asas yang kita sebagai parents boleh ajar anak-anak pada usia ni.

Tak perlu semua sempurna, asalkan mereka ada asas yang kukuh untuk terus maju.

1. Membaca dengan Lancar

Faham cerita mudah, baca dengan nada yang betul dan tahu banyak perkataan baru.

2. Menulis Ayat Sederhana

Mampu tulis ayat lengkap dengan tatabahasa yang betul seperti karangan pendek.

3. Matematik Asas

Faham tambah, tolak, darab dan bahagi, serta tahu guna dalam situasi sebenar (contohnya kira baki duit).

4. Mengetahui dan Menggunakan Masa

Tahu baca jam analog atau digital dan faham konsep masa (pagi, petang, malam).

5. Kemahiran Berkomunikasi

Boleh bercakap dengan sopan, perkenalkan diri dan bertanya soalan asas.

6. Kemahiran Mengurus Diri

Contohnya, lipat pakaian sendiri, siapkan beg sendiri dan urus barang peribadi.

7. Pengenalan Sains Asas

Kenal kitaran hidup haiwan dan tumbuhan, contohnya bagaimana pokok tumbuh dari biji benih atau bagaimana rama-rama melalui fasa metamorfosis.

8. Asas Solat dan Doa (Untuk Anak Muslim)

Tahu cara solat, baca surah pendek dan doa harian seperti doa makan dan tidur.

9. Memahami Konsep Wang

Tahu cara simpan duit, guna wang untuk beli barang dan bezakan nilai duit.

10. Kemahiran Berfikir Kritikal

Contohnya, teka-teki logik, cari jalan penyelesaian atau fikirkan alternatif sekiranya tiada bahan dalam projek seni atau nak menggantikan bahan masakan yang tiada dekat dapur.

11. Kefahaman Emosi dan Sosial

Faham perasaan sendiri dan orang lain, tahu cara minta maaf dan belajar bekerjasama.

12. Kemahiran Teknologi Asas

Tahu guna aplikasi pembelajaran untuk belajar, contohnya cari maklumat atau jawab kuiz subjek yang dipelajari.

13. Aktiviti Fizikal

Melibatkan diri dalam sukan atau permainan luar seperti berbasikal atau bermain bola.

14. Penjagaan Alam Sekitar

Contohnya, kenal jenis sampah untuk dikitar semula atau tahu kepentingan menjaga kebersihan.

15. Hobi dan Minat

Mulakan aktiviti yang mereka suka, seperti melukis, bermain muzik, membaca buku atau coding.

Baca juga: 15 Perkara Anak 5 Tahun Boleh Belajar

7 Hingga 9 Tahun

Umur 7 hingga 9 tahun adalah fasa perkembangan penting, jadi perkara-perkara ini membantu membentuk asas yang kukuh dari segi pembelajaran, sosial dan emosi mereka.

Semoga bermanfaat!

 

komunikasidigitalsolatmetamorfosis

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis