Blog

Kami bukan anti sekolah

oleh Hanis Athirah dalam Homeschool

Saya pilih jangan sesekali ajar anak perlekehkan sekolah.

Walaupun kami homeschool kami memilih jangan sesekali cakap orang yang pergi sekolah tu membazir masa.

Kerana sekolah salah satu tempat untuk menimba ilmu, belajarlah hormat kawan² yang ke sekolah kerana tak semua boleh homeschool macam kita.

Nikmat yang kita ada pun tak tahu sampai bila.

Ilmu yang dapat dekat sekolah bukan untuk kaya duit saja, tapi kaya akal fikiran, kaya akhlak, kaya budi dan adab.

Kena ingat tu.

Tak semua orang kena lalu jalan sama.

Dan belajar tak semestinya di sekolah, namun kita tak boleh pertikai yang sekolah juga tempat untuk belajar.

Walaupun kita tak memilih sekolah sebagai pilihan utama pendidikan untuk anak², jangan perlekehkan orang yang menghantar anak ke sekolah.

Begitu juga sebaliknya.

Bagi yang memilih jalan keluar dari sistem, tak hantar anak sekolah, jangan menghina atau meragui pilihan mereka. 

Kerana rata² mak ayah yang normal tahu, bahawa;

Pendidikan sangat penting waima siapa pun kita. Tak kira kita kaya atau miskin, tua atau muda.

Pendidikan tiada sempadan masa dan tempat Belajarlah tanpa rasa erti jemu. 

Ilmu itu sentiasa berterusan agar ia dijadikan panduan dan pedoman buat manusia sejagat.

Beza jika ada ilmu ni, kita kena ubah mindset kita bila nak bentuk anak².

Menuntut ilmu bukan untuk jadikan kaya, tapi ianya ibadah yang dituntut dalam agama.

Begitulah. Tulisan tak tuju siapa², cuma saya tulis untuk jentik diri sendiri, baiki kelemahan diri.

homeschoolbelajarmenuntut ilmusekolah

Artikel Berkaitan

Praesent turpis risus, interdum nec venenatis id, pretium sit amet purus. Interdum malesuada fames ac ante ipsum primis in faucibus.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis