Blog

Idea Permainan untuk Bayi Baru Lahir Hingga 1 Tahun

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
bayi

Bayi baru lahir hingga umur 1 tahun memang tengah alami fasa perkembangan yang penting. Jadi, permainan yang sesuai sangat membantu untuk rangsang deria dan kemahiran motorik mereka.

Pada umur ni, permainan bukan sekadar hiburan, tapi juga cara untuk mereka mula faham dunia sekeliling dengan lebih baik. Kalau tengah cari idea permainan yang best untuk bayi anda, jom tengok beberapa aktiviti yang boleh bantu perkembangan mereka!

0-3bulan

  • Tummy time dengan meniarap di atas riba atau dada anda
  • Bermain secara mengiring mainan atau buku lembut yang berwarna hitam dan putih
  • Letak mainan lembut dan ringan dalam genggaman tangan anak
  • Permainan kayuh basikal iaitu gerak dan pusingkan kaki anak seolah sedang mengayuh basikal
  • Main sensori dengan urut perut, kaki dan tapak tangan serta kaki anak. Buat aktiviti untuk anak menyentuh pelbagai jenis tekstur

4-6 bulan

  • Tummy time atas water mat atau besen yang mengandungi sedikit air. Anak akan bermain secara meniarap bersama mainan lembut yang ada.
  • Berguling ke depan dan belakang, merangkak bersama anak.
  • Memperkenalkan flashcard perkataan.
  • Dudukkan anak, bimbing anak tepuk tapak kaki seperti menepuk tangan.
  • Main sensori dengan bermain homemade play dough. Boleh guna tepung, garam, air dan pewarna makanan sahaja

7-9 bulan

  • Main sensori dengan merangkak atas rumput atau bubble wrap.
  • Anak tolak kotak kosong atas lantai menggunakan tangan dan lutut mereka.
  • Duduk dalam bakul laundry yang diisi dengan bola plastik atau mainan yang kecil.
  • Bermain dengan mainan membina seperti bongkah blok dan jubin bermagnet seperti magnatiles.
  • Main sensori dengan mengaut atau ‘scooping’ menggunakan bahan-bahan kecil seperti beras dan oat

10-12 bulan

  • Tampal masking tape pada lantai dan minta anak susun mainan atas tape.
  • Keluarkan dan masukkan mainan ke dalam bekas.
  • Tiup belon dan capai buih belon.
  • Buat aktiviti origami iaitu seni melipat kertas sehingga menjadi sesuatu bentuk seakan-akan 3D.
  • Main sensori dengan aktiviti melukis menggunakan cat air. Biarkan anak meneroka cara pegang berus dan buat lukisan atau contengan yang anak suka

Baca juga: Cara Kira Attention Span Anak

bayi

Bermain dengan bayi bukan hanya sekadar seronok, tapi sebenarnya penuh dengan manfaat untuk perkembangan mereka. Dari permainan yang rangsang deria, sampai aktiviti motorik yang buat mereka lebih aktif, setiap permainan ada peranan penting.

Jadi, kalau nak bantu bayi anda belajar sambil bermain, cuba je idea-idea permainan ni. Ingat, luangkan masa dengan mereka semasa bermain untuk jadikan sesi tu lebih bermakna dan penuh keceriaan!

sensoritummy timewater matbubble wrap

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis