Ada anak berusia 5 tahun , tapi tak tahu nak ajar apa?
Okay jadi hari ni saya share 15 pembelajaran dan kemahiran yang boleh kita sebagai parents ajar anak di rumah ya.
1. Literasi Asas:
Ajarkan ABC dan basic reading seperti bunyi. Gunakan buku cerita yang menarik untuk tarik motivasi mereka suka membaca.
2. Numerasi:
Basic counting dan simple addition dan subtraction.
3. Fine Motor Skills:
Aktiviti seperti coloring, cutting dan tracing shapes untuk memperkuat koordinasi tangan-mata.
4. Life Skills:
Contohnya, memakai baju sendiri, kemas mainan dan tolong mama sediakan simple snacks.
5. Exploration & Creativity:
Galakkan mereka untuk explore nature, buat arts and crafts dan imaginative play.
6. Social Skills:
Bawa mereka ke playgroups atau playground untuk develop social interaction skills.
7. . Motor Skills:
Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan bermain di luar.
8. Bahasa Kedua:
Mulakan dengan simple phrases dalam bahasa lain.
9. Emotional Development:
Ajar tentang emosi dan cara menguruskannya.
10. Critical Thinking:
Gunakan puzzles dan games yang mencabar minda.
11. Practical Skills:
Ajar basic chores seperti menyapu dan mengemas bilik.
12. Music & Movement:
Integrasikan muzik dan tarian dalam rutin harian untuk keseronokan dan perkembangan motor.
13. Elemen Agama Islam:
Ajar doa-doa harian, seperti doa makan dan doa tidur, serta asas-asas solat.
14. Cerita dan Kisah Nabi:
Bacakan cerita-cerita tentang nabi dan kisah teladan untuk membentuk akhlak yang baik.
15. Kreativiti melalui Permainan:
Gunakan permainan role-play untuk mengembangkan kreativiti dan pemahaman sosial anak.
Baca juga: Aktiviti Homeschool Bertemakan Construction
Dengan fokus kepada 15 elemen ini untuk anak 5 tahun, insyaAllah akan menjadi pengalaman yang seronok dan berkesan.
Pastikan pembelajaran fun dan sesuai dengan minat anak-anak! Jangan paksa-paksa. Belajar bukan semata-mata untuk akademik, tapi juga untuk membina kreativiti, kemahiran hidup dan pemahaman agama.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.