Blog

Macam Mana Nak Pilih Kurikulum Homeschool?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Nak pilih kurikulum homeschool yang sesuai memang boleh jadi satu cabaran, tapi sebenarnya taklah serumit yang kita bayangkan. Apa yang penting, kita kena kenal anak-anak, faham keperluan mereka dan tahu apa yang kita cari dalam perjalanan homeschool ni.

Gaya belajar

Masa saya mula homeschool, saya pun rasa blur. Anak sulung saya, abang, suka belajar secara visual atau melalui bacaan. Tapi adik pula langsung tak boleh diam kalau belajar, tangan mesti nak buat sesuatu. Bayangkan nak cari satu kurikulum yang sesuai untuk dua orang ni.

Tapi itulah, dari situ saya mula belajar. Kita kena kenal gaya belajar anak-anak dulu. Sebab kalau kita pilih ikut apa yang kita rasa “bagus,” tapi tak sesuai dengan cara mereka belajar, mereka tak akan seronok.

Matlamat Utama

Lepas tu, saya tengok matlamat utama untuk anak-anak. Apa yang saya nak mereka capai?

Dengan matlamat ni, lebih mudah untuk filter kurikulum yang sesuai dan tak terlalu ‘overload’. Dari situ, saya sedar matlamat kita penting untuk tentukan hala tuju homeschool. Tak perlu ikut apa orang lain buat tapi fokus pada apa yang kita nak untuk anak-anak.

Kurikulum

Sebenarnya, saya pun ada plan kurikulum sendiri dan banyak yang saya buat secara mix and match. Saya ambil elemen dari pelbagai sumber, kadang-kadang dari kurikulum lokal, kadang-kadang dari bahan antarabangsa dan ada juga yang saya reka sendiri. Dengan cara ni, saya boleh sesuaikan betul-betul dengan keperluan anak-anak saya.

Tapi kita juga kena realistik. Masa mula homeschool, saya rasa macam nak beli semua benda. Tapi bila tengok bajet, saya tahu saya kena pilih yang betul-betul perlu.

Dan ini yang saya belajar dari pengalaman iaiu tak semua kurikulum akan terus rasa sesuai. Ada yang nampak bagus pada awalnya, tapi lepas dua bulan, kita rasa macam “tak jalan.” Itu normal. Tukar saja.

Saya pernah ubah kurikulum untuk abang masa dia mula bosan dengan silibus yang terlalu rigid. Saya cari bahan lain yang lebih kreatif, dan alhamdulillah, dia kembali berminat. Homeschool ni tentang fleksibiliti. Jangan takut untuk ubah kalau kita rasa ada yang tak kena.

Satu lagi tips yang sangat membantu saya ialah guna homeschool planner. Mula-mula saya cuma catat nota di mana-mana, tapi lama-lama saya sedar saya perlukan sistem yang lebih teratur.

Dengan planner, saya boleh susun jadual, rekod apa yang berkesan,dan buat perancangan untuk minggu seterusnya. Kalau ada hari yang tak jadi, saya tulis dan adjust. Planner ni jadi panduan saya supaya perjalanan homeschool lebih tersusun.

Baca juga: Salah Faham Tentang Homeschool

Jadi, kalau sekarang anda masih rasa risau nak pilih kurikulum, tarik nafas dulu.

Ingat, tak ada kurikulum yang “perfect.” Yang penting, ia sesuai dengan anak-anak kita, mampu dicapai dan buat mereka seronok belajar. Dan kalau ada silap langkah, tak apa. Kita belajar bersama mereka. Homeschool bukan tentang buat semua betul pada hari pertama, tapi tentang perjalanan yang kita bina satu langkah pada satu masa.

homeschoolperancangankurikulumpanduan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis