Blog

Homeschool: Bukan Sebab Nak Anak Jadi ‘Genius’ Atau Perfect

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Bila kita pilih homeschool, bukan sebab kita nak anak-anak jadi ‘genius’ atau nampak perfect. Homeschool bukan pasal nak anak-anak jadi paling pandai atau dapat semua A.

Tapi, lebih kepada journey.

Journey untuk belajar tentang hidup, kenal diri sendiri dan belajar untuk bangkit walaupun tak selalu dapat apa yang mereka nak.

Kita nak anak-anak tahu yang mereka tak perlu jadi sempurna untuk diterima. Mereka tak perlu sentiasa impress orang atau buktikan yang mereka ‘hebat’ untuk kita bangga.

Hidup ni lebih dari sekadar markah dan sijil. It’s about the process, tentang belajar dari kesilapan, tentang bangun bila jatuh dan cuba jadi versi terbaik diri sendiri.

Bukannya versi ‘sempurna’ ikut standard orang lain.

Mengajar Nilai Sabar dan Usaha dalam Homeschool

Dalam homeschool, kita ada peluang ajar anak-anak tentang sabar dan usaha. Ada hari-hari yang susah.

Kadang-kadang mereka struggle nak faham satu topik, kadang-kadang buat silap lagi dan lagi. Tapi itu semua okay.

Kita ajar mereka, “Tak apa kalau silap, sebab dari situ kita belajar.” Silap bukan tanda gagal; silap tu part of growing.

Kita nak mereka belajar nilai sebenar.

Jujur, bertanggungjawab dan hormat. Kita nak mereka faham yang pembelajaran tu bukan sekadar nak dapat hasil akhir, tapi tentang menghargai setiap proses.

Apabila mereka buat sesuatu yang mereka minat, kita bagi masa dan ruang, tak kisahlah berapa lama masa nak ambil.

Asalkan mereka rasa puas dengan usaha sendiri, bukan semata-mata kejar result.

Dalam homeschool, anak-anak tak perlu rasa mereka kena kejar orang lain atau ikut standard tertentu.

They can grow at their own pace, boleh explore apa yang mereka suka tanpa pressure nak jadi macam orang lain.

Kita ada di sini untuk support mereka, bukan untuk push sampai mereka hilang keyakinan diri.

Akhirnya, homeschool ni tentang nak prepare mereka untuk real life, bukan sekadar nak score exam.

Kita nak mereka jadi individu yang grounded, yang tahu hormat orang lain, yang boleh hadapi dunia luar dengan keyakinan diri sendiri. 

Sebab satu hari nanti, mereka akan bawa haluan sendiri.

Tapi harapan kita, semua nilai yang mereka dapat sepanjang perjalanan homeschool ni akan kekal dalam diri.

Apa yang kita nak tinggalkan bukan setakat ilmu dalam buku, tapi prinsip hidup yang boleh dipegang, walaupun dunia luar tak selalu adil atau mudah seperti yang disangka.

Baca juga: Jangan Terlalu Rigid Dengan Jadual, Biar Anak-Anak Explore

Fokus kepada Kemajuan, Bukan Kesempurnaan

So, bila kita pilih homeschool, kita pilih untuk let go of ‘perfection’ dan embrace progress. Kita tak nak mereka jadi ‘genius’ atau nampak perfect.

Kita cuma nak mereka jadi diri mereka yang sebenar.

InsyaAllah dengan segala kekuatan dan kelemahan yang unik. Kita nak mereka tahu yang hidup ni bukan tentang jadi yang terbaik di mata orang, tapi tentang jadi yang terbaik untuk diri sendiri.

#homeschoolvalues #notaboutperfection #parentingjourney #raisingresilientkids #characterbuilding #homeschoolingreality #journeyovergrades

homeschoolpembelajaranperfectiongenius

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis