Blog

Belajar Asas Bahasa Korea Dengan Ilustrasi Comel

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Belajar bahasa baru memang seronok, lebih-lebih lagi bila ia disertakan dengan ilustrasi comel yang memudahkan kita ingat perkataan!

Bagi mereka yang ingin mencuba bahasa Korea atau sekadar memperkenalkan anak-anak kepada bahasa lain, mulakan dengan beberapa perkataan asas yang sering digunakan dalam perbualan harian.

Dengan perkataan mudah ini, kita dapat bina keyakinan untuk berbual dalam bahasa Korea, sekaligus menambahkan kemahiran komunikasi yang baru.

Jom tengok perkataan-perkataan asas yang mesti dipelajari!

Perkataan Asas Bahasa Korea

[ne] – Ya

Ringkas dan sangat versatile! Gunakan untuk mengiyakan apa-apa saja dalam perbualan.

아니요 [a-ni-yo] – Tak

Cara sopan untuk menolak atau menyatakan “tidak” dalam perbualan.

고마워요 [go-ma-wo-yo] – Terima kasih (santai)

Biasanya digunakan dalam situasi santai, seperti dengan kawan atau keluarga.

감사합니다 [gam-sa-ham-ni-da] – Terima kasih (formal)

Lebih formal dan sesuai dalam perbualan dengan orang yang lebih tua atau dalam situasi rasmi.

천만에요 [cheon-man-e-yo] – Sama-sama

Jawapan yang sesuai bila seseorang berterima kasih kepada kita. Bunyi sopan dan mudah diingati.

괜찮아요 [gwaen-chan-a-yo] – Takpe, okay

Perkataan yang berguna bila nak tunjukkan yang kita okay atau tak kisah.

bahasa korea

죄송합니다 [joe-song-ham-ni-da] – Minta maaf

Ungkapan sopan untuk meminta maaf, terutamanya dalam situasi formal.

bahasa korea

안녕하세요 [an-nyeong-ha-se-yo] – Hello/Hi

Perkataan asas untuk menyapa orang, boleh digunakan dalam semua situasi.

bahasa korea

Baca juga: Manfaat Mengajar Anak Dua Bahasa atau Lebih

Belajar bahasa Korea tak perlu serius sangat. Dengan beberapa perkataan mudah ni, kita dah boleh mula faham dan balas dalam perbualan asas!

Ilustrasi comel juga menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak.

Jadi, kalau ada masa lapang, ajak anak-anak belajar bersama sebagai aktiviti keluarga yang santai tapi bermanfaat.

Selamat mencuba dan siapa tahu, lepas ni mungkin boleh mula tengok drama Korea tanpa sari kata! 😄

koreaperkataankeyakinanberbual

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis