Blog

Aktiviti Hands-on untuk Mengenal Nama Bahagian 2

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Sebelum ni, saya dah kongsi beberapa aktiviti hands-on untuk anak-anak belajar kenal dan mengeja nama sendiri dalam Bahagian 1.

Banyak respon positif dari para ibu yang turut mencuba dan merasai manfaatnya bersama anak-anak.

Jadi kali ni, saya nak sambung dengan Bahagian 2, dengan beberapa lagi aktiviti yang simple tapi penuh manfaat untuk perkembangan anak-anak.

Aktiviti-aktiviti ini bukan saja boleh bantu mereka mengenal huruf dan nama sendiri, tapi juga merangsang kemahiran motor halus, memori dan keyakinan diri.

Jom kita tengok idea-idea menarik ni!

Bottle Caps Name Puzzle

Apa yang digunakan

Tudung botol plastik, kertas dengan nama anak yang diprint dalam kotak-kotak.

Cara main

Saya tulis huruf-huruf nama mereka pada tudung botol, dan mereka kena padankan tudung tu dengan huruf pada kertas. Contohnya, Qais dengan bangganya padankan setiap huruf dalam namanya.

Manfaat

Bantu anak mengenal huruf dan belajar padanan visual. Setiap kali mereka berjaya padankan, kita nampak kepuasan pada muka mereka – betul-betul seronok tengok!

No photo description available.

Drive Your Name

Apa yang digunakan

Kereta mainan dan huruf yang dicetak pada kertas berbentuk jalan raya.

Cara main

Setiap huruf nama diletakkan pada jalur jalan raya, dan anak-anak kena gerakkan kereta ke setiap huruf dalam urutan yang betul.

Ahza dan Afraz paling seronok bila sampai huruf terakhir – rasa macam mereka “sampai destinasi.”

Manfaat

Aktiviti ni membantu anak-anak memahami urutan huruf dalam nama mereka secara visual dan kinestetik (melalui pergerakan).

Sambil main kereta, mereka lebih mudah ingat susunan nama.

nama

Flour Sensory Name Activity

Apa yang digunakan

Tepung pada dulang dan kad nama.

Cara main

Anak-anak akan “tulis” nama mereka di atas tepung menggunakan jari mereka. Aktiviti ni memang messy sikit, tapi sangat menyeronokkan!

Manfaat

Ini adalah pengalaman sensori yang menguatkan lagi memori mereka. Sambil main tepung, mereka lebih ingat bentuk huruf nama dengan lebih baik.

nama

Name Sort

Apa yang digunakan

Kertas warna-warni, marker, pelekat comel (macam bintang atau smiley).

Cara main

Tulis setiap huruf dalam nama anak pada kertas berasingan dan tampal di dinding. Kemudian, biarkan mereka susun huruf-huruf tu mengikut urutan nama mereka sendiri.

Macam Ahza dan Afraz, mereka seronok pilih pelekat dan letak pada setiap huruf yang mereka rasa betul.

Manfaat

Aktiviti ni bukan saja bantu mereka kenal huruf, tapi juga buat mereka lebih yakin setiap kali dapat susun dengan betul.

Tambah lagi, ia merangsang fokus dan kemahiran motor halus mereka sebab mereka perlu tampal, susun, dan pastikan urutan huruf tu betul.

nama

Baca juga: Aktiviti Bacaan Lantang (Read Aloud Activity)

Aktiviti hands-on macam ni memang bagus untuk homeschooling atau sekadar sesi pembelajaran santai di rumah. Setiap aktiviti bukan sahaja membantu anak-anak kenal huruf dan nama sendiri, tapi juga bina keyakinan diri.

Sebagai ibu bapa, kita boleh nikmati saat-saat berharga ini sambil tengok perkembangan anak-anak dengan lebih dekat. Semoga idea-idea ni bermanfaat dan boleh cuba sendiri di rumah dengan anak-anak!

kemahiran motorfokushurufnama

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis