Dalam dunia digital hari ni, belajar bahasa baharu tak lagi susah dan membosankan untuk anak-anak. Dengan adanya pelbagai aplikasi yang direka khas untuk pembelajaran interaktif, anak-anak boleh explore bahasa baru dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Tak kisah sama ada mereka nak belajar asas bahasa Inggeris, Sepanyol atau bahasa lain, aplikasi-aplikasi ni boleh bantu mereka belajar dengan lebih mudah dan engaging.
Jom saya share 5 aplikasi yang boleh bantu anak-anak kita belajar bahasa dengan seronok!
Superlingo
Saya guna apps ini untuk anak-anak belajar Bahasa Inggeris terutama melibatkan pembelajaran melalui dialog dan perbualan sebenar. Ini sangat berguna dalam mempraktikkan kemahiran bertutur dan memahami bahasa dalam konteks yang sebenar.
Lingodeer
Selain itu, saya gunakan aplikasi ini untuk anak-anak belajar asas bahasa Arab. Aplikasi ini memberikan akses nota apa yang kita nak anak belajar. Aplikasi sangat berstruktur dan memudahkan pemahaman bahasa dari asas.
Duolingo
Duolingo merupakan salah satu aplikasi pembelajaran bahasa yang sangat popular. Anak saya gunakan aplikasi ini untuk belajar bahasa Norwegian. Aplikasi ini membantu pendekatan yang interaktif sambil membolehkan anak belajar bahasa.
Alif Bee
Alif Bee merupakan aplikasi yang direka khusus untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Arab. Aplikasi ini mempunyai modul pembelajaran yang meliputi asas-asas Bahasa Arab seperti huruf, tatabahasa, dan perbendaharaan kata
Memrise
Aplikasi ini menawarkan pelbagai bahasa untuk dipelajari, termasuk Bahasa Arab, Icelandic, Korean, Swedish dan banyak lagi. Memrise menggabungkan elemen permainan dalam pendidikannya, menjadikan proses belajar bahasa lebih menarik dan menyeronokkan.
Think Quran
Ada seorang sahabat yang hadiahkan saya akaun premium apps ni. MasyaAllah, satu aplikasi yang memudahkan anak-anak belajar bahasa Arab Al-Quran. Banyak menekankan kalimah Al-Quran yang kerap berulang. Aplikasi ini membantu anak dan saya sendiri dalam meningkatkan pemahaman ketika membaca Al-Quran.
Baca juga: Cara Santai Ajar Anak Pelbagai Bahasa
Dengan 5 aplikasi ni, anak-anak bukan saja boleh belajar bahasa baharu, tapi juga develop minat untuk explore dunia linguistik dengan lebih mendalam. Pembelajaran jadi lebih interaktif, menyeronokkan dan sesuai dengan cara mereka.
Jadi, kalau nak anak-anak belajar bahasa dengan cara yang lebih santai tapi tetap berkesan, cubalah salah satu aplikasi ni hari ni. Jangan tunggu lama-lama, mula dari sekarang untuk bantu anak-anak kuasai bahasa baru dengan lebih mudah!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.